
Cemerlang Sukan & Akademik, Kapten Perak FC IV Raih 9A SPM
Beberapa hari yang lalu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 telah diumumkan dan seramai 373, 525 calon yang menduduki peperiksaan itu telah menerima keputusan peperiksaan masing-masing.
Menurut Bernama, seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
Cemerlang dalam serta di luar padang, Kapten Perak FC IV dapat 9A SPM
Dalam masa sama, terdapat beberapa nama daripada kalangan atlet tanah air yang sedang bergiat aktif dalam sukan turut mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama negara itu.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Perak Football Club, Mohamad Nasrudin Bin Ahmad Hayeekaji yang merupakan Ketua Pasukan Perak FC IV dilapor berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan berkenaan.
“Ini merupakan satu contoh yang terbaik buat pemain bola sepak, bukan saja cemerlang diatas padang namun cemerlang juga didalam akademik. Semoga terus maju jaya kami ucapkan,” ujar Perak FC dalam hantaran berkenaan.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Mohamad Nasrudin diatas kejayaan cemerlang yang dicapainya.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau turut memuji Nasrudin kerana dapat mengimbangkan masa dalam akademik dan sukan.
“Terbaik dan tahniah yob muda. Cemerlang dalam kedua-dua bidang sukan mahupun akademik. Semoga terus maju, Saudara Nasrudin,” katanya.
Kejayaan Nasrudin ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada para pelajar lain untuk mencapai kejayaan yang seimbang dalam akademik dan kokurikulum.
BACA: Ini Empat Tip Penting Untuk Mohon UPU Online
BACA: Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Tampal Pelekat Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera
BACA: Tak Mahu Penduduk Dikecam, Pemilik Kolam Halalkan Semua Ikan Kelisa Yang Ditangkap
Sumber: perakfcofficial via Facebook, Saarani Mohamad via Facebook