Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kurangkan Makanan Yang…”, Ini Tips Dari KKM Cara Nak Hindarkan Mulut Berbau

Gambar Via Google

Masalah mulut berbau atau Halitosis sememangnya boleh menjejaskan keyakinan seseorang untuk bercakap dan bergaul dengan orang ramai.

Namun, ada juga yang tidak sedar mempunyai masalah mulut berbau ini sehingga menyebabkan orang sekeliling tidak selesa.

Mungkin dilihat remeh bagi sesetengah orang namun anda mungkin akan dijauhi oleh rakan-rakan di tempat kerja, kampus atau di sekolah.

Tapi jangan risau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter berkongsi mengenai cara-cara untuk menghindari mulut berbau.

Ikuti senarai di bawah ini.

  1. Gosok lidah setiap kali memberus gigi

  2. Flos gigi sehari sekali

  3. Guna pencuci mulut yang disyorkan oleh doktor gigi

  4. Bersihkan gigi palsu setiap hari

  5. Elak mulut kering dengan minum air yang mencukupi

  6. Kurangkan makanan yang berbau kuat

  7. Elak rokok dan alkohol

  8. Lakukan rawatan penskaleran dan tampalan

  9. Lakukan pemeriksaan gigi di klinik 6 bulan sekali

  10. Berus gigi 2 kali sehari

Sumber: KKMPutrajaya