Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ditawar Ganjaran Ketika "Live", Lelaki Lemas Selepas Sahut Cabaran Terjun Kolam

Athirah
Terjun Kolam
Kredit: Lambe Turah

Ditawar Ganjaran Ketika "Live", Lelaki Lemas Selepas Sahut Cabaran Terjun Kolam

Seorang lelaki dilaporkan maut akibat lemas di sebuah kolam takungan air ketika sedang melakukan penstriman langsung di platform TikTok.

Menurut Lambe Turah, kejadian itu berlaku di Solok Selatan, wilayah Sumatera Barat di Indonesia pada Jumaat lalu.

Difahamkan, insiden tersebut bermula apabila mangsa berusia 24 tahun sedang melakukan siaran langsung di platform TikTok.

Ketika berinteraksi dengan penonton, seorang pengguna media sosial didakwa mencabar mangsa untuk terjun ke dalam kolam tersebut dengan menawarkan ganjaran sebanyak 100,000 rupiah (RM24).

Lambe Turah melaporkan mangsa bersama rakannya menyahut cabaran berkenaan dan terjun ke dalam kolam sebelum lemas.

Rakannya berjaya menyelamatkan diri, namun mangsa tidak kelihatan selepas itu.

Pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya menemukan mayat mangsa pada jam 10.30 malam (waktu tempatan) pada hari yang sama.