Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sindrom patah hati
Gambar: AI ImageFX

Lelaki Lebih Cenderung Meninggal Dunia Disebabkan Sindrom Patah Hati

Nur Alissa

Lelaki Lebih Cenderung Meninggal Dunia Disebabkan Sindrom Patah Hati

Setiap masalah kesihatan pasti bermula dari sesuatu yang ditanggung oleh badan kita sekian lamanya. Meskipun tidak diserang penyakit, tekanan emosi juga memainkan peranan penting kepada keseluruhan tubuh badan manusia.

Kehilangan orang tersayang dan pasangan tercinta boleh memberikan impak yang tidak terjangka terhadap seseorang individu. Bukan semua orang kuat untuk menerima kehilangan insan tersayang walaupun dari segi luaran kita kelihatan biasa.

Ramai yang tak sangka patah hati boleh menyebabkan manusia kehilangan nyawa jika dibiarkan berlarutan, lagi-lagi golongan lelaki di luar sana.

Lanjut pembacaan artikel ini untuk ketahui bahaya dan punca yang boleh mencetus sindrom yang membawa maut ini.

Sindrom Takotsubo Cardiomyopathy

sindrom patah hati
Gambar: AI ImageFX

Ada yang sehingga mendapatkan rawatan oleh sebab rasa sakit dada dan sesak nafas yang merupakan simptom kepada sindrom takotsubo cardiomyopathy atau sindrom patah hati.

Sindrom ini berlaku apabila individu berada dalam keadaan tekanan melampau dari segi emosi atau fizikal, di mana hormon tertekan dirembes secara berterusan yang menghalang jantung individu untuk mengembang sepenuhnya.

Walaupun kebanyakannya kita lihat kaum wanita patah hati, tetapi sebenarnya kaum lelaki turut mengalami rasa sakit ini dan lebih cenderung kepada kegagalan jantung sebanyak dua kali ganda berbanding wanita.

Mangikut satu kajian yang dijalankan oleh Jurnal Persatuan Jantung Amerika, 11 peratus lelaki dewasa daripada 200,000 orang pesakit yang didiagnos meninggal disebabkan sindrom ini, manakala wanita dewasa hanya lima peratus.

Bagaimana sindrom patah hati ini boleh sebabkan kematian yang tinggi?

Perkara ini kerap terjadi pada golongan lelaki kerana tekanan emosi dicetuskan oleh tekanan fizikal seperti pembedahan atau strok. Sementara itu, golongan wanita cenderung untuk meluahkan emosi apabila kehilangan pekerjaan atau orang tersayang.

Menurut seorang doktor jantung di Hospital Johns Hopkins Medicine, individu yang sering mengalami tekanan emosi dapat menangani sindrom patah hati dengan mudah. Kaum lelaki lebih terdedah kerana mereka tidak terbiasa dengan tekanan emosi melampau.

Ketua kajian ini, Dr. Mohammad Movahed turut menerangkan lelaki lebih susah untuk pulih kerana mereka tidak mempunyai sistem sokongan emosi seperti wanita untuk mengurangkan tekanan dan lama kelamaan ia akan membawa padah kepada jantung.

Apakah punca selain tekanan?

Berdasarkan pemerhatian, sindrom ini tidak terjadi seperti serangan jantung yang berpunca daripada saluran artireri utama terhalang. Doktor menemukan sebahagian otot jantung yang mengembang lebih besar dari saiz normal dalam setiap pesakit yang didiagnos dengan sindrom ini.

sindrom patah hati
Gambar: Manhattan Cardiology

Individu yang berada di bawah tekanan juga terkesan secara fizikal seperti rasa tidak enak yang membuatkan individu muntah.

Insiden atau situasi kecil yang membuatkan kita berasa marah atau meningkatan hormon tekanan juga boleh memperlahankan saluran darah kecil yang mengelilingi jantung, mengakibatkan aliran darah bergerak lebih perlahan.

Selain itu, faktor-faktor lain seperti wanita yang sedang mengalami pra-menopaus turut terdedah untuk mengalami sindrom takotsubo cardiomyopathy oleh sebab penurunan hormon estrogen akan mengembangkan pembuluh darah kecil mengelilingi jantung.

Namun kajian berkaitan hormon seksual dan sindrom patah hati masih dijalankan.

Setakat hari ini, pakar belum menjumpai jawapan atau ubatan yang sesuai untuk mengatasi sindrom ini. Pesakit akan diberikan ubatan yang khusus untuk penyakit jantung yang terhalang, atau menawarkan bantuan profesional dan menyarankan pesakit untuk bermeditasi agar stres berkurang.

Walau bagaimanapun doktor boleh membezakan punca kematian pesakit sama ada serangan jantung, strok atau masalah jantung lain.

Umum disarankan untuk bergegas ke hospital sekiranya mengalami simptom seperti sakit dada atau sesak nafas yang boleh berlaku kerana stres.

Sumber: NBC News, Jurnal Persatuan Jantung Amerika

BACA: Tak Semua Buah Retak Sebab Jatuh, Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu

BACA: Perak Negeri Paling Fasih Bahasa Inggeris Di Malaysia

BACA: Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya