Utama

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Lelaki Letak Ganja Dalam Kereta, Perangkap Isteri Sendiri Kerana Ingin Berpisah
Seorang lelaki Singapura dijatuhi hukuman hampir empat tahun penjara selepas cuba memerangkap isterinya dengan meletakkan ganja dalam kereta.
Lelaki tersebut juga dilaporkan berkemungkinan akan berhadapan hukuman mati.
Difahamkan, pasangan tersebut telah terpisah selama kurang daripada dua tahun selepas cuba untuk bercerai tetapi gagal.
Menurut AFP, tertuduh marah dengan isterinya kerana berpendapat bahawa wanita itu tidak memberikan sumbangan kewangan yang mencukupi sepanjang perkahwinan mereka.
Tertuduh telah merujuk kepada peguam dan dimaklumkan bahawa perceraian boleh berlaku jika salah satu pihak mempunyai rekod jenayah.
Pada awalnya, tertuduh telah mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mengumpul bukti bahawa isterinya melakukan zina, tetapi tiada bukti ditemui.
Ini menyebabkan tertuduh merancang untuk memerangkap isterinya dengan meletakkan ganja dalam kereta. —
Tertuduh juga menyifatkan rancangan itu kepada teman wanitanya sebagai “rancangan sempurna”.
Tambah AFP, tertuduh membeli dadah tersebut di pasaran gelap dan menimbangnya di rumah, mendapati ia seberat 510 gram.
AFP juga menjelaskan bahawa dengan individu yang memilikinya dengan berat melebihi had 500 gram boleh menyebabkan hukuman mati di Singapura.
“Daripada kajian dalam talian, tertuduh tahu bahawa pihak yang terlibat (isterinya) akan menghadapi hukuman mati jika disabitkan kesalahan mengedar lebih daripada 500 gram ganja.
“Namun, dia tetap memutuskan untuk meneruskan rancangannya kerana sangat marah dengan pihak yang terlibat,” lapor AFP.
Bagaimanapun, analisis makmal terhadap dadah tersebut menunjukkan ia hanya mengandungi 216.17 gram ganja tulen.
Mangsa ditahan selepas polis menemui dadah tersebut dalam keretanya, tetapi mereka tidak menemui sebarang bukti lain yang memberatkannya.
Polis kemudiannya mengalihkan siasatan mereka kepada tertuduh, yang akhirnya ditangkap.
BACA: Mahkamah Ketepi Pembebasan Lelaki OKU, Perintah Bela Diri Tuduhan Bunuh Empat Sekeluarga
BACA: Penerbangan Ke Incheon Berpatah Balik Ekoran Isu Teknikal – MAS
BACA: Tanda Mendapan Tanah Dikesan, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup Sementara
Sumber: AFP