Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Menangis Pilu, Jalan Puluhan KM Cari Anak & Isteri Hilang Dalam Kejadian Banjir Longsor

Fazidi

Lelaki Menangis Pilu, Jalan Puluhan KM Cari Anak & Isteri Hilang Dalam Kejadian Banjir Longsor

Kisah pilu seorang ayah yang sanggup berjalan puluhan kilometer demi mencari keberadaan keluarganya yang hilang selepas banjir longsor menerpa Sibolga, Indonesia menjadi tular di media sosial.

Ebyn Hutauruk, nekad berjalan kaki siang dan malam menuju ke Kampung Tukka di Tanapuli Tengah selepas terputus hubungan dengan isteri dan anaknya yang berada di kampung itu ketika dilanda banjir kilat dan tanah longsor.

Ketika disapa oleh orang awam, Ebyn ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa duka yang ditanggung akibat daripada kehilangan itu.

“Isteri saya sedang menggendong anak kami, sudah dua hari tidak bertemu,” kata Ebyn sambil menangis teresak-esak.

Menurut RCTI, keadaan jalan di kampung berkenaan juga rosak teruk hingga menyebabkan kenderaan berat tidak dapat melalui kawasan itu.

Satu-satunya cara untuk Ebyn tiba di sana hanyalah dengan berjalan kaki, sekali gus menunjukkan betapa besar rasa cinta dan tanggungjawabnya sebagai suami serta ayah dalam situasi krisis.

“Anak dan isteri di mana, saya cuma ingin tahu keadaan mereka, tolong saya” ucapnya dengan penuh rasa kesedihan.

Kisah dan tangisan Ebyn itu menyentuh hati banyak pihak kerana menggambarkan semangat seorang ayah yang tidak berputus asa mencari keluarganya dan harapan agar mereka masih selamat, walaupun berdepan bencana dahsyat.

BACA: FIFPRO Pertahan Tujuh Pemain Warisan, Anggap Mangsa Keadaan

Sumber: RCTI, Antara News