Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Nyaris Maut, Gajah ‘Naik Minyak’ Lepas Cuba Ambil Gambar
Cubaan seorang lelaki untuk mengambil gambar bersama seekor gajah liar bertukar tragedi apabila dia mengalami kecederaan selepas diserang haiwan berkenaan di Bandipur Tiger Reserve, lapor The Hindustan Times.
Difahamkan, kejadian berlaku pada petang Ahad di Lebuhraya Nasional 67, Karnataka, India.
Menerusi video tular, memaparkan lelaki berkenaan dikejar dan dipijak oleh seekor gajah. Ia selepas mangsa cuba mendekatinya untuk mengambil gambar.
Menurut seorang saksi, mangsa menggunakan flash yang dipercayai mengejutkan haiwan.
Pun begitu, tindakan berkenaan membawa padah selepas mamalia itu naik angin, sehingga mencetuskan kekecohan di lalu lintas berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku sewaktu insiden itu.
Timbalan Pemulihara Hutan dan Pengarah Bandipur Tiger Reserve, S. Prabhakaran berkata, lelaki itu telah ditahan selepas mengaku melanggar peraturan taman safari itu.
Akibat itu, mangsa telah didenda ₹25,000 dan berjanji tidak akan mengulangi perkara berkenaan.
“Saya dalam perjalanan pulang ketika itu, apabila ternampak gajah di kawasan itu. Saya cuba mengambil gambar, tetapi gajah itu mengejar dan menyerang saya.
“Saya menyeru orang lain supaya tidak memberhentikan kenderaan atau turun tanpa sebab memberi makan kepada haiwan berkenaan,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan ‘aksi’ di mana gajah seberat 6 tan dan setinggi 13 kaki yang dikatakan mahu mengawan, dan bertindak agresif dengan menyerang sebuah trak safari.
Akibat tindakan ganas gajah itu ianya menyebabkan pelancong berlari menyelamatkan diri, memetik laporan New York Post.
Menurut laporan, gajah itu dilaporkan sedang berada dalam musim mengawan. Apabila gajah tersebut melihat dua buah kenderaan mendekati kawasan pembiakannya ia mula ‘mengamuk’.
Kedua-dua trak itu dilaporkan berhenti di kawasan permainan berhampiran Hoedspruit berdekatan Taman Great Gruger, Afrika Selatan
Sumber: The Hindustan Times