LIMA’25: Senarai Kapal Tentera Laut Antarabangsa Yang Ambil Bahagian
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025, yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei, kini memasuki hari terakhir penganjurannya.
Acara berprestij ini dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dengan kerjasama Global Exhibitions and Conferences Sdn. Bhd.
Sebagai platform pertahanan terbesar di rantau ini, LIMA’25 membuka pintunya kepada orang ramai, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan secara dekat pelbagai pameran aset ketenteraan dan pertunjukan udara serta laut, termasuk penyertaan dari negara-negara luar.
Berlangsung di Resorts World Langkawi (RWL) untuk segmen maritim, pameran kali ini turut menampilkan kehadiran kapal-kapal Tentera Laut dari pelbagai negara sebagai simbol kerjasama strategik dan diplomasi pertahanan antarabangsa.
Sempena acara ini, SK kongsikan senarai kapal antarabangsa yang mengambil bahagian dalam LIMA’25, khusus untuk peminat dunia pertahanan dan teknologi maritim
Jom kenali kapal-kapal hebat ini di bawah;
Senarai Kapal-Kapal Tentera Laut Antarabangsa

1. Itali
ITS Antonio Maceglia (Italy FFG)
2. Jepun
JS Yahagi (Jepun FFG)
3. Turkiye
TCG Buyukada (Turkiye FSG)
4. Indonesia
KRI Bung Karno (Indonesia FSG)
KRI Kerambit (Indonesia FSG)

5. Rusia
RFS Aldar Tsydenzhapov (Rusia FSG)
Pechenga (Rusia Tanker)
RFS Rezkiy (Rusia FSG)
6. India
INS Kavaratti (India FSG)

7. Singapura
RSS Steadfast (Singapura FFG)
8. Thailand
HTMS Krabi (Thailand OPV)
9. Bangladesh
BNS Khalid Bin Walid (Bangladesh FFG)
10. Amerika Syarikat
USS Lenah Sutcliffe Higbee (AS DDG)

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia, LIMA 2025
