Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Macam Mana Nak Turunkan Crane Lepas Bangunan Siap?’ Rupanya Boleh Buka Macam Lego

CRANE
Kredit: Threads/ fhatin.khadijah

‘Macam Mana Nak Turunkan Crane Lepas Bangunan Siap?’ Rupanya Boleh Buka Macam Lego

Pernah tertanya-tanya bagaimana kren menara yang menjulang tinggi di atas bangunan boleh diturunkan selepas kerja pembinaan selesai?

Persoalan itu mungkin kelihatan mudah, namun proses menanggalkan kren menara sebenarnya memerlukan perancangan, teknik serta peralatan khas, bergantung kepada reka bentuk bangunan dan jenis kren yang digunakan.

Perkara itu menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads, @tuanlxkmxn, berkongsi persoalan tersebut dalam satu hantaran semalam.

Kredit: @tuanlxkmxn

“Aku malas nak tanya AI sebab cintakan laut. Macam mana dorang nak turunkan crane tu lepas bangunan ni siap?” katanya.

Persoalan berkenaan kemudian mengundang pelbagai respons daripada pengguna lain yang tampil berkongsi pengetahuan mengenai proses dismantling atau kerja-kerja membuka kren menara.

Menurut @fhatin.khadijah, antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan derrick crane atau sistem jacking down bagi menurunkan komponen kren secara berperingkat.

Katanya, selepas kren utama dibuka, derrick crane pula boleh ditanggalkan menggunakan kren yang lebih kecil seperti stiffleg crane yang boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian.

“Boleh pecah kecil-kecil,” katanya.

Sementara itu, @amirashmaan menjelaskan bahawa proses membuka kren pada asasnya hampir sama seperti cara ia dipasang, cuma dilakukan secara berperingkat.

Menurutnya, bagi proses biasa, komponen mast kren akan dikeluarkan satu demi satu sebelum kren diturunkan menggunakan sistem jack down.

“Kalau difficult dismantling, dia akan pasang derrick crane untuk turunkan crane. Nak turunkan derrick crane akan guna mini derrick.

“Mini derrick boleh dismantle turun pakai lif biasa je,” ujarnya.

Penjelasan itu membuatkan beberapa pengguna lain menyifatkan proses tersebut seolah-olah membuka permainan binaan.

“Buka macam Lego,” jelas @iqbalmardoni_.

Dalam pada itu, ada juga yang mengambil kesempatan bergurau dengan memberikan jawapan di luar logik.

“Dorang runtuhkan bangunan tu,” kata @aminismailz secara berseloroh.

Seorang lagi pengguna, @juwitajulia92 turut mencuit hati dengan berkata, “Biasanya dia kuis pakai kaki tolak ke bawah.”

Intipati
  • Persoalan di Threads mengenai cara menurunkan kren menara mengundang pelbagai penjelasan pengguna.
  • Antara kaedah disebut ialah sistem jacking down, derrick crane dan kren lebih kecil.
  • Pengguna menyamakan proses membuka kren secara berperingkat itu seperti menceraikan permainan Lego.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan