Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Macam Pakai Botox…” Lelaki Tak Sangka Jadi ‘Mangsa Terpilih’ Sengatan Serangga Ini
Kini, aktiviti hiking sememangnya semakin digemari ramai. Ia sudah menjadi kegiatan pilihan orang sekarang untuk lari sekejap dari masalah hidup dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Bermula sekadar hobi, aktviti ini terus berkembang sehingga tertubuhnya pelbagai komuniti pendaki di serata tanah air.
Namun, di sebalik keindahan alam yang menangkan, banyak pengalaman menarik yang orang pernah lalui.
Ada yang pernah sesat dalam kabus tebal, terserempak dengan haiwan liar, dan ada juga yang hampir putus asa masa nak sampai ke puncak.
Oleh itu, bagi yang gemar aktiviti hiking perlu sentiasa berhati-hati kerana adakala perkara yang tidak dijangka boleh berlaku.
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang lelaki menunjukkan keadaannya selepas disengat serangga kerawai atau provespa ketika berada di dalam hutan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @syukrihisham__ di TikTok, dia bersama rakan-rakannya sedang berehat di sebuah ‘check point’ pada waktu malam.
Awalnya sekadar bertanya khabar rakan-rakan, namun sebaik kamera dipalingkan ke wajahnya, terserlah bibir @syukrihisham__ yang membengkak teruk selepas disengat kerawai.
Video berdurasi 24 saat turut memaparkan lelaki tersebut sempat meluahkan rasa bengang apabila dirinya menjadi ‘insan terpilih’ menerima sengatan dari serangga itu.
Menurut @syukrihisham__, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 malam ketika dia hendak membuka dapur gas kecil untuk memasak, namun bengkak di wajahnya mula surut sekitar jam 5 pagi.
“Rasa terbakar panas ketika kena sengat,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi.
Dalam masa sama, ada yang tidak dapat menahan gelak apabila melihat keadaan @syukrihisham__ yang masih sempat bergurau walaupun bibirnya sudah membengkak.
“Lain macam hiking dia. Buat lip treatment,” komen seorang wargamaya.
“Kemas abang buat bibir,” komen seorang lagi wargamaya.
BACA: Istimewa Bukan Pelik, Kenali Sindrom Asperger
BACA: Nampak Macam Baru Beli, Ini Rahsia Hilangkan Kesan Kuning Pada Bantal
BACA: Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka
Sumber: @syukrihisham__