Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Makan Berpada, Ini 5 Cara Pemakanan Sihat Di Hari Raya
Hari Raya sememangnya sinonim dengan pelbagai juadah yang enak dan menggoda selera.
Selepas sebulan berpuasa, ramai yang mengambil peluang untuk menikmati makanan kegemaran bersama keluarga dan sanak saudara dalam suasana yang meriah.
Namun begitu, dalam keterujaan meraikan Aidilfitri, pemakanan tetap perlu diberi perhatian.
Makan secara berlebihan bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menyebabkan ketidakselesaan pada tubuh.
Justeru, hari ini SK ingin kongsikan lima cara pemakanan sihat di hari raya daripada Hello Doktor.
Anda mungkin sedang dalam keadaan yang khusus, sama ada ingin menurunkan berat badan atau menghidap penyakit tertentu yang memerlukan anda menjaga pola makan, seperti diabetes misalnya.
Jika anda sedang dalam program penurunan berat badan, sangat susah untuk mengawal kalori pada hari raya berbanding hari biasa.
Hidangan hari raya biasanya tinggi lemak, protein, dan karbohidrat.

Untuk sementara, anda boleh mengetepikan program penurunan berat badan anda terlebih dahulu tetapi lebih fokus kepada mengekalkan berat badan semasa.
Jangan terlalu tegas pada diri anda, apatah lagi jika ini menyebabkan anda menolak pelbagai makanan hari raya yang sudah dihidangkan oleh tuan rumah.
Kawal saiz hidangan dan jangan makan sehingga terlalu kenyang.
Namun bagi anda yang memang perlu mengatur pola makan, seperti pesakit diabetes, ada baiknya anda memerhatikan betul-betul apa yang anda makan.
Contohnya, hadkan makan ketupat berlebihan atau mengurangkan kuah kacang.
Penyediaan makanan di hari ini selalunya terlebih kerana terlalu banyak makanan hari raya di pasaran.
Hal ini boleh menyebabkan anda lapar mata dan ingin makan pelbagai jenis makanan lebih dari biasa.

Anda boleh mengurangkan perkara tersebut dengan lebih banyak menghabiskan masa untuk berbual bersama rakan-rakan dan saudara.
Makan di hari raya merupakan pelengkap dan jadikan silaturahim sebagai sebab utama anda berkumpul.
Jangan terus menuju ke meja makan atau mengambil kuih muih.
Tip makanan hari raya
Tunggu dulu! Memang juadah open house hari raya ada banyak jenis, tapi penuhkan dulu pinggan anda dengan sayur-sayuran.
Sayur-sayuran boleh membantu anda cepat kenyang dengan kandungan seratnya yang tinggi.
Cepat kenyang tentu akan membantu mencegah anda makan berlebihan.

Pilih jenis sayur yang tidak bersantan, tetapi jika tidak ada, anda boleh tetap mengambil sayur-sayuran bersantan tetapi kurangkan jumlah kuah santan yang anda ambil.
Santan secara semula jadi tidak mengandungi kolesterol, tetapi mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Minuman berwarna-warni tentu menarik untuk dilihat. Sirap dan soda merupakan jenis minuman yang biasa disajikan di hari ini.
Namun ambil jangan terlalu banyak kerana biasanya mengandungi kandungan gula yang cukup tinggi.
Satu sudu makan sirap mengandungi 53 kalori yang hampir seluruhnya berasal dari karbohidrat.
Selain itu satu sudu makan sirap juga mengandungi 10 gram gula pasir.

Soda pun tidak jauh bezanya kerana setiap bahagiannya mengandungi pemanis, lebih-lebih lagi soda diet yang biasanya menggunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula.
Hadkan minuman tersebut untuk mencegah anda menambah kalori tanpa sedar.
Makanan yang biasa dihidangkan semasa hari raya berasaskan pelbagai jenis daging, baik daging lembu, kambing, dan daging ayam.
Daging, terutamanya daging merah, biasanya mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Meksipun pengambilan daging tidak sepenuhnya dilarang, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal lemak yang terdapat dalam masakan daging.
Contohnya, jika anda makan ayam, anda boleh memilih bahagian dada berbanding paha atau sayap, kerana bahagian dada biasanya lebih sedikit kandungan lemaknya.
Selain itu semasa memakan ayam, seboleh mungkin elakkan makan bahagian kulitnya kerana lemak yang dimilki ayam biasanya tersimpan di kulitnya.