Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Maksud Sebenar “CC” Dalam Pilihan Subtitles
Bila kita menonton video atau filem dalam bahasa asing, perkara pertama yang biasanya kita cari ialah butang “subtitles” atau sari kata.
Dengan adanya sari kata, kita boleh faham apa yang sedang berlaku dalam cerita dan lebih seronok untuk menonton.
Tapi, pernah tak korang perasan bahawa dalam pilihan sari kata, kadangkala ada dua jenis yang berbeza? Satu ialah sari kata biasa, manakala satu lagi ada tanda “(CC)” di tepinya. Contohnya “English” dan “English (CC)”.
Pernah tertanya-tanya apa maksudnya?
Menurut penjelasan pengguna TikTok @risbyte, “CC” ialah singkatan untuk Closed Captions. Nampak sama macam subtitle biasa, tapi sebenarnya ada fungsi tambahan.
Kalau korang pilih subtitle biasa, hanya dialog atau percakapan yang akan keluar di skrin.
Tapi kalau korang pilih yang ada “(CC)”, bukan saja dialog ditunjukkan, tapi juga bunyi-bunyi yang berlaku dalam video akan diterangkan.
Contohnya:
(bunyi petir)
(muzik sedih)
(orang ketawa di latar belakang)
Semua bunyi ni akan diterangkan dalam kurungan supaya penonton lebih faham suasana video tu.
Kesimpulannya, beza antara keduanya adalah:
Subtitles biasa = hanya dialog
CC (Closed Captions) = dialog + bunyi dalam video
Sebenarnya, “CC” ini dibuat khas untuk orang yang kurang pendengaran atau pekak. Tapi ramai juga orang lain guna CC sebab:
Nak faham jalan cerita dengan lebih jelas
Tonton dalam suasana bising
Bunyi video perlahan atau tak jelas
Nak tahu suasana dalam cerita (seram, sedih, lawak dan sebagainya)
BACA: Ketahui Sebab Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia
Sumber: TikTok @risbyte