Utama

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Malaysia Negara Paling Fasih Bahasa Inggeris Di Asia, Pulau Pinang Negeri Paling “Top”
Malaysia berada di tangga ke-24 dalam senarai negara fasih berbahasa Inggeris yang dikeluarkan EF English Proficiency Index (EPI) pada tahun ini.
Difahamkan, skor diperoleh Malaysia juga mengatasi Filipina, Indonesia dan hampir semua negara serantau lain.
Dalam EF EPI 2025 Ranking of Countries and Regions memuatkan 123 buah negara, Malaysia merupakan salah satu negara di Asia yang menduduki kedudukan teratas dalam senarai selepas mencatatkan skor sebanyak 581 mata.

Berdasarkan indikator yang ditetapkan EF English Proficiency Index (EPI), penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia dikategorikan sebagai peringkat ‘Kefasihan Tinggi’.
Manakala diperingkat Asia pula, Malaysia muncul sebagai negara pertama paling fasih berbahasa Inggeris selepas Filipina yang memiliki skor sebanyak 569 mata.
Mengisi 10 terbaik Asia adalah Hong Kong (538), Korea Selatan (522), Nepal (514), Vietnam (500), Bangladesh (506), Pakistan (493), Sri Lanka (486), India (484), Bhutan (473) dan Indonesia (471).
Negara-negara lain dengan penguasaan bahasa Inggeris 10 terbaik diperingkat global adalah Netherlands, Croatia, Austria, Germany, Norway, Portugal, Denmark, Sweden, Belgium dan Slovakia.

Selain itu, EF English Proficiency Index (EPI) turut memberikan keterangan berkenaan sesebuah negara dengan lebih terperinci pada bahagian Proficiency Details.
Pada bahagian tersebut, negeri dengan penguasaan bahasa Inggeris tertinggi di Malaysia ialah Pulau Pinang yang memperoleh 589 mata, hanya satu mata mengatasi Kedah yang mencatat 588 mata.
Sementara itu, negeri Sabah berada di kedudukan terakhir dengan mencatat skor sebanyak 561 mata.
Manakala, bandar yang memiliki tahap penguasaan bahasa Inggeris teratas di Malaysia adalah Kuantan dengan mata 601.
Menurut senarai itu lagi, Terengganu berada di kedudukan terakhir dengan skor sebanyak 553 mata.

Sumber: EF English Proficiency Index (1), (2)