IPOH, 25 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa terjejas akibat ribut dan pokok tumbang di Taiping mencatatkan penurunan kepada 30 orang setakat pagi ini berbanding 92 orang, malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan kesemua mangsa daripada 22 keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Taman Kaya dalam daerah Larut, Matang, Selama semalam.
“Kesemua mangsa adalah penduduk dari Taman Damai, Taman Ria, Taman Kaya, Taman Desa Cemerlang dan Batu 2 ½,” menurut sekretariat dalam kenyataan hari ini.
Beberapa Negeri Catat Paras Air Sungai Tahap Amaran Pagi Ini
Kementerian Perpaduan Dedah Rakyat Tiga Negeri Ini Paling Bersatu Padu Tahun 2025
Ikea Dedah Rakyat Negara Ini Paling Suka Tidur Di Dunia
Ramai Guna Pelindung Telinga Bayi Kalis Bunyi, Ini Penjelasan Pakar
Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Dalam Fasa Pertama Pembangunan
Semalam, kejadian ribut telah menyebabkan beberapa kerosakan termasuk rumah ditimpa pokok, bumbung diterbangkan angin, bumbung premis perniagaan runtuh serta kerosakan khemah bazar Ramadan.
Susulan itu, mangsa yang terlibat tidak dapat memasuki kediaman masing-masing kerana kerja-kerja pembersihan rumah tidak dapat dilaksanakan semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut memaklumkan beberapa daerah di Perak diramal mengalami hujan dan ribut di sebelah petang membabitkan kawasan Larut, Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

