Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mat Saleh “Speechless” Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia
Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk belajar dan bekerja, ada pula yang sekadar ingin bercuti seketika daripada kesibukan hidup.
Dengan landskapnya yang memukau serta kepelbagaian budaya dan makanan, tidak hairanlah ramai pelancong jatuh cinta dengan negara ini.
Namun, satu perkara yang sentiasa menambat hati sesiapa sahaja ialah keramahan rakyat Malaysia. Sikap inilah yang membuatkan ramai pelancong kembali berulang kali. Bukan sekadar kerana tempat, tetapi kerana orangnya.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian daripada seorang pelancong asing yang datang ke Malaysia bersama keluarga kecilnya.
Difahamkan, mereka sudah dua bulan menetap di sini dan pengalaman yang dilalui sangat menyenangkan.
“Kami sudah berada di Malaysia selama 2 bulan, dan rakyat di sini sangat ramah serta membuat kami rasa dialu-alukan,” katanya.
Dalam perkongsian sama, pelancong ini turut berkongsi satu kejadian yang cukup menyentuh hati. Ia berlaku ketika mereka membuat pesanan takeaway di sebuah kedai makan di Pulau Pinang.
Namun, apabila makanan sampai, dia perasan ada sedikit perbezaan antara apa yang dipesan dengan apa yang diterima.
Tapi, bukannya marah atau “complain”, pelancong ini malah terharu dengan sekeping nota tulisan tangan yang diselitkan di dalam beg makanan yang diterima.

“Mereka bagi kami kerepek bersama makanan yang dibungkus kerana rasa mereka tak beri nasi secukupnya. Saya suka sentuhan ‘old school’ dengan nota tulisan tangan ini,” tambahnya lagi.
Perkongsian itu segera mendapat perhatian di media sosial. Ramai rakyat Malaysia berbangga melihat sikap baik yang ditunjukkan oleh pemilik kedai tersebut.
Hakikatnya, inilah Malaysia, negara yang bukan sahaja cantik pada mata tetapi juga hangat pada jiwa. Walau sekecil apa pun tindakan, ia tetap membentuk imej negara di mata dunia.
BACA: Polis Temui Mayat Ibu Sendiri Ketika Operasi Menyelamat
BACA: Dua Kanak-kanak Menangis Lihat Rumah Hancur ‘Disapu’ Banjir
BACA: Ayah Melutut, Meraung Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh
Sumber: TikTok @robnormal