Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Mereka Masih Perlukan Khidmat Saya," Azizulhasni Menangis Terharu Terima E-mel Dari KBS, MSN

Azizulhasni Menangis
Kredit: Instagram azizulhasniawang

“Mereka Masih Perlukan Khidmat Saya,” Azizulhasni Menangis Terharu Terima E-mel Dari KBS, MSN

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang memaklumkan bahawa beliau telah menerima e-mel daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengesahkan khidmatnya masih diperlukan.

Dalam satu hantaran di Instagram, Azizulhasni dilihat menangis terharu ketika mengumumkan perkara tersebut.

Menurutnya, beliau membuka e-mel berkenaan selepas selesai menjalani sesi latihan di trek.

Beliau tidak dapat menahan air mata kerana berita itu telah dinanti-nantikannya sejak sekian lama.

Lebih bermakna, khabar tersebut diterimanya pada 31 Ogos, bersempena Hari Kebangsaan ke-69.

“Alhamdulillah hari ini 31 Ogos, Hari Kemerdekaan yang ke-69. Saya baru buka e-mel daripada KBS dan MSN yang mereka masih memerlukan khidmat saya.

“Saya tunggu daripada sebelum saya pergi ke Komanwel dan Alhamdulillah hari ini saya dapat jawapan itu.

“Tiada siapa yang akan faham jika tak lalui semua ini, hanya atlet dan orang-orang yang berkorban untuk negara saja yang tahu macam perasaan ini,” katanya.

Azizulhasni turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan berada di belakangnya.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya tidak minta seorang pun untuk tolong dan sokong saya, tetapi saya sangat-sangat berterima kasih kepada ribuan rakyat Malaysia yang tampil untuk membantu saya, menyokong saya walaupun melalui teks dan komen, tapi ia memberikan makna dan impak yang besar.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang berada di belakang saya.

“Syukur Allah bantu saya dan Allah bantu kita semua,” katanya lagi.

Beliau juga berikrar untuk melakukan yang terbaik demi negara dan rakyat Malaysia.

Menerusi kapsyen video berkenaan, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak KBS dan MSN yang masih memerlukan khidmatnya serta memenuhi mandat rakyat.

Azizulhasni memaklumkan bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Azizulhasni Awang menerima e-mel KBS dan MSN yang mengesahkan khidmatnya masih diperlukan.
  • Beliau menangis terharu selepas membaca e-mel itu sebaik selesai menjalani latihan trek.
  • Azizulhasni berterima kasih kepada penyokong dan berikrar melakukan yang terbaik untuk negara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan