Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

METMalaysia Keluarkan Amaran Luruan Monsun Kuat Bermula 9 Januari

Iqbal Yasir
Luruan Monsun Kuat
Gambar: Bernama

METMalaysia Keluarkan Amaran Luruan Monsun Kuat Bermula 9 Januari

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran Luruan Monsun Kuat yang diramal bermula pada 9 hingga 13 Januari 2025 ini.

Ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di kawasan timur dan selatan Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

“Kawasan barat Semenanjung juga berisiko mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut,” maklum METMalaysia.

Dalam masa yang sama, luruan turut mengakibatkan perairan air Laut China Selatan dijangka mengalami angin kencang, dan laut bergelora.

“Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perairan Johor timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.

“METMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan tinggi,” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui medium sebaran rasmi iaitu di laman web www.met.gov.my., aplikasi mobil myCuaca dan sosial media METMalaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Titah Adendum: Mahkamah Rayuan Mulakan Prosiding Dengar Permohonan Najib Kemuka Bukti Tambahan

BACA: Pemain Man United Takut Nak ‘Fight’ Liverpool – Amorim

BACA: Perlawanan Liverpool vs United Berisiko Ditunda