Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora 

Athirah
Kredit: Bernama

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku hingga 7 November ini.

Amaran tersebut melibatkan dua kategori utama iaitu untuk perairan Malaysia dalam lingkungan 24 batu nautika dan untuk kawasan perkapalan.

Seksyen A: Perairan Malaysia (dalam lingkungan 24 batu nautika)

Bagi kawasan perairan Malaysia, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama telah dikeluarkan.

Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan.

Selain itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Seksyen B: Untuk perkapalan

Untuk kawasan perkapalan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua turut dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Difahamkan, angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur laut Condore, utara Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” ujar METMalaysia.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama)

Angin kencang barat berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter turut dijangka di kawasan perairan Phuket dan Selat Melaka Utara.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama)

Bukan itu sahaja, amaran kategori pertama turut dikeluarkan untuk kawasan perairan barat laut dan tenggara Condore, selatan Reef North dan Labuan.

Difahamkan, amaran kategori pertama melibatkan angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata METMalaysia lagi.

BACA: Mahkamah Agung AS Persoal Kesahihan Tarif Trump
BACA: Reaksi Pelancong Kunjungi Sephora Terbesar Dunia Di Malaysia Raih Perhatian Ramai
BACA: Ramai Pemandu Tak Sedar, Mekanik Kongsi Tanda Awal Alternator Rosak

Sumber: Malaysian Meteorological Department via TikTok