Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Hingga Esok

Iqbal Yasir
metmalaysia hujan
Gambar: Bernama

METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Hingga Esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan tahap waspada di dua negeri hingga 20 Januari, esok.

Menurut METMalaysia, amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak, melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada di keluarkan di Johor pada hari ini dan beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.

“Beberapa daerah di Johor seperti Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru diramal hujan pada hari ini.

“Manakala di Sarawak pula melibatkan kawasan Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song),” maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Anak Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor Meninggal Dunia

BACA: Gencatan Senjata Gaza Bermula 8.30 Pagi Ahad – Qatar

BACA:Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Disyaki Samun, Curi Kenderaan

BACA: Tiga Ditahan Susulan Kes Pukul OKU Di Pasar Tani