Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi kenyataannya, MetMalaysia berkata amaran melibatkan seluruh negeri Kelantan.
Selain itu, di Kedah pula, ia melibatkan daerah Langkawi dan Baling.
Manakala di Perak hanya daerah Hulu Perak yang diramal hujan lebat.
Amaran turut melibatkan negeri Terengganu iaitu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Di Pahang, daerah Raub dan Temerloh juga dijangka mengalami cuaca buruk itu.
Begitu juga di Johor yang melibatkan dua daerah iaitu Mersing dan Kota Tinggi.
Beralih ke Sarawak, amaran membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Sementara itu di Sabah pula hanya melibatkan daerah Pedalaman (Keningau).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan