Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Ramal Hujan Lebat, Ribut Petir Pada Aidilfitri

Sofea
MetMalaysia Ramal Hujan Lebat
Kredit: Bernama

MetMalaysia Ramal Hujan Lebat, Ribut Petir Pada Aidilfitri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca sempena Hari Raya Aidilfitri pada 20 Mac, 21 Mac dan 22 Mac nanti.

Pada 20 Mac, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Perak dan Sabah (Bahagian Tawau) pada waktu pagi.

Di sebelah petang pula, beberapa kawasan dijangka mengalami hujan lebat iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sabah (Bahagian Pantai Barat, Pedalaman & Tawau) dan Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang).

Hujan juga diramal berlaku di beberapa tempat pada waktu malam iaitu di Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah (Bahagian Pedalaman & Tawau) dan Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang).

Kredit: Bernama

Beralih ke 21 Mac pula, hanya negeri Perak dijangka mengalami hujan lebat pada waktu pagi.

Pada waktu petang pula, ribut petir dan hujan diramal berlaku di Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bahagian Kuching, Serian, Samarahan & Sri Aman).

Selain itu, Selangor WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah (Bahagian Tawau) dijangka hujan pada waktu malam.

Tanggal 22 Mac pula menyaksikan semua negeri tidak mengalami hujan pada waktu pagi.

Pada waktu petang, ribut petir dan hujan di beberapa kawasan di Sabah (Bahagian Pantai Barat & Sandakan) dan Sarawak (Bahagian Kuching, Serian, Samarahan & Sri Aman).

Dalam pada itu, waktu malam turut memperlihatkan tiada hujan di seluruh negara.

Susulan ramalan cuaca ini, orang ramai boleh merancang perjalanan atau aktiviti ziarah hari raya dengan sebaiknya. Semoga semuanya baik-baik sahaja.