Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Perkara masuk akal di Malaysia
Kredit: Instagram @zhurchika

Minah Saleh Kongsi Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia 

Hannah

Minah Saleh Kongsi Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia

Terdahulu, tular perkongsian menarik daripada seorang pelajar Mat Saleh yang menyatakan kecintaannya terhadap ‘budaya mamak’ di Malaysia.

Katanya, suasana santai, ramah dan ‘meriah’ di “tempat berhimpun masyarakat” itu membuatkan dia benar-benar jatuh cinta dengan negara kita.

Tidak berhenti di situ, nampaknya, keunikan Malaysia terus mencuri tumpuan pelancong asing.

Baru-baru ni, seorang lagi Minah Saleh pula menarik perhatian ramai dengan video yang berkongsi perkara-perkara unik di Malaysia yang dikatakan hanya ‘masuk akal’ di negara ini.

Melihat kepada perkongsian wanita itu di media sosial miliknya, dia adalah seorang pelancong yang aktif menjelajah ke serata dunia. Kini, dia sedang berada di Malaysia untuk meneroka keunikan negara ini.

Melalui platform media sosialnya, dia berkongsi pelbagai pengalaman menarik sepanjang berada di tanah air kita.

Dalam satu video yang mencuri perhatian netizen, dia berkongsi beberapa perkara unik yang menurutnya hanya boleh ditemui di negara kita.

Namun, dia juga berpendapat bahawa ciri-ciri ini sebenarnya wajar ada di setiap negara.

“Sebenarnya, semua perkara ini harus ‘wujud’ di setiap negara”

Antara pemerhatian menariknya adalah massage chair di stesen kereta api. Sebagai rakyat Malaysia, kita mungkin ‘biasa’ melihat kewujudan massage chair ini di beberapa stesen kereta api.

Tidak dinafikan, ia bukan sahaja praktikal tetapi juga memberikan keselesaan kepada penumpang yang mungkin penat setelah seharian bekerja.

Dia turut memuji langkah Malaysia menyediakan gerabak khas untuk wanita (women-only coaches) dalam perkhidmatan kereta api.

Inisiatif ini sangat menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan dan keselesaan wanita, sesuatu yang patut dicontohi negara lain.

Selain itu, sistem semburan air halus atau misting di kawasan terbuka juga menjadi perhatian wanita ini.

Tidak terhenti di situ, wanita ini juga terpesona dengan keharmonian rakyat Malaysia yang hidup bersama meskipun terdiri daripada pelbagai kaum.

Umum diketahui, perpaduan seperti ini sangat unik dan jarang ditemui di negara lain.

Di samping itu, wanita ini juga kagum dengan jumlah cuti umum yang banyak di Malaysia.

Katanya, rakyat Malaysia bertuah kerana mempunyai lebih banyak cuti berbanding mana-mana negara lain.

Mana tidaknya, itulah waktu yang membolehkan kita meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menariknya, perkara lain yang mencuri perhatiannya ialah ‘fenomena durian’.

Walaupun buah durian sering dilarang di tempat awam seperti hotel dan pengangkutan awam, dia kagum bagaimana buah ini masih mudah didapati di mana-mana, terutama di gerai tepi jalan.

Akhir sekali, wanita tersebut turut kagum dengan cara rakyat Malaysia melintas jalan dengan hanya menggunakan isyarat tangan.

Perkongsian wanita ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen Malaysia, yang rata-rata berbangga dengan keunikan budaya dan cara hidup di negara ini.

Melalui kaca mata seorang pelancong, kita dapat melihat betapa istimewanya Malaysia di mata dunia.

Apa yang mungkin kelihatan biasa bagi kita, sebenarnya menjadi keunikan yang sukar ditemui di tempat lain.

BACA: Ini Kata Pelajar Mat Saleh Tentang Budaya Mamak Di Malaysia, Perkongsian Tarik Perhatian Ramai

BACA: “Makanan level ‘ S-Tier’..” Mat Saleh Dedah 6 Benda Ini Buatkan Malaysia Cukup Istimewa

BACA: Anak Kongsi Perbualan Sebelum Ayah ‘Pergi’ Buat Ramai Sebak

Sumber: Instagram @zhurchika