Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Momen Pilu "Honor Walk", Ibu Tunaikan Hasrat Anak Dermakan Organ
Hidup di dunia ini tak selamanya indah, kita semua akan diuji dengan pelbagai ujian. Salah satu darinya ialah ujian kehilangan orang tersayang.
Setiap dari kita pasti akan melalui detik pilu itu kerana tiada apa yang kekal di dunia ini, yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi momen pilu kehilangan anak tercinta pada Isnin lalu di Hospital Selayang.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah kecekalannya menunaikan hasrat arwah anaknya itu untuk mendermakan organ.
Menerusi perkongsian Suzieta Halim di TikTok, dia menunjukkan detik-detik ketika penghormatan terakhir buat anaknya yang dikenali sebagai Zahran sebelum memasuki bilik pembedahan untuk jalani pemindahan organ.
Katanya kepada SK, arwah Zahran disahkan meninggal dunia akibat mati otak selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital kerana kemalangan.
"Penghormatan terakhir buat Abang Zahran ke bilik pembedahan untuk operasi derma organ. Semoga hajat abang membantu orang yang memerlukan tertunai, ibu bangga dengan abang," katanya di kapsyen video.
Video itu menyaksikan para petugas di hospital turut memberikan honor walk kepada arwah sebagai simbolik penghargaan dan penghormatan terakhir kepada arwah.
Air mata tak dapat diseka apabila melihat Suzieta serta ahli keluarganya yang lain mencium arwah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut merasa sayu dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Honor walk, selalu tengok dalam drama medik, rupanya Malaysia pun ada. Terima kasih penderma. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin"
"Takda kaitan hubungan kekeluargaan tapi tetaplah air mata ni laju turun"
"Salam takziah, di akhir hayat pun arwah masih beramal. Semoga amalan-amalan baik arwah diterima oleh tuhan"
"Ya Allah ya Tuhanku, siapa pun dia, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya. Semoga yang diperjuangkan dibalas syurga"
"Semoga pahala ini semua Allah hitung untuk abang mudah menuju ke syurga. Al-fatihah (dibaca) untuk abang. Semoga abang tenang di sana"
"Semoga diberi ganjaran yang besar oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman"
Salam takziah untuk Suzieta sekeluarga, semoga Allah SWT limpahkan segala rahmat dan keberkatan kepada arwah.