Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mufti WP Perjelas Kesahihan Status Hadis "Payung Emas"

payung emas
Gambar: Siakap Keli

Mufti WP Perjelas Kesahihan Status Hadis "Payung Emas"

Dalam masyarakat, istilah "payung emas" sering kali dikaitkan dengan pengorbanan seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin lagi.

Malah, tidak kurang yang percaya bahawa isteri yang merelakan suami berpoligami akan dikurniakan "payung emas" sebagai ganjaran di akhirat.

Kepercayaan ini telah lama tersebar melalui perkongsian di media sosial serta perbualan harian.

Menurut laporan media tempatan, seorang pakar turut menjelaskan bahawa hadis mengenai "payung emas" merupakan antara hadis yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di negara ini dan diterima secara meluas, meskipun kesahihannya jarang dipersoalkan.

Justeru itu, kami dikongsikan penerangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan berhubung perkara ini.

Apakah sahih berkenaan payung emas?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas.

Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar.

Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali.

Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga.

Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah :

  • Firman Allah SWT:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. [An-Nisa:34]

  • Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]

Penutup

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.

Semoga bermanfaat.