Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nahas Helikopter Sarawak: MB Kelantan Ucap Takziah Atas Pemergian Dr Ainul Baraah

AINUL
Kredit: Media sosial

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamaruddin dan mangsa lain yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak, petang tadi.

Mohd Nassuruddin berkata, Allahyarhamah yang merupakan anak kelahiran Kota Bharu meninggal dunia ketika sedang menjalankan amanah menerusi Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service) untuk masyarakat pedalaman Sarawak.

“Perginya ketika sedang berkhidmat, membawa rawatan dan harapan kepada mereka yang memerlukan.

“Kelantan kehilangan seorang anak yang mengabdikan ilmu dan khidmatnya jauh di pedalaman demi kemanusiaan,” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.

Menurutnya, beliau mendoakan agar Allah SWT merahmati Allahyarhamah, menerima segala khidmat baktinya sebagai amal soleh serta menempatkannya bersama golongan yang soleh.

“Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa terbabit,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan juruterbang dan empat penumpang helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak petang tadi disahkan meninggal dunia.

Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang mengesahkan kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan maut dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu.

Intipati
  • Menteri Besar Kelantan merakamkan takziah kepada keluarga Dr Ainul Baraah dan mangsa lain.
  • Dr Ainul Baraah meninggal dunia ketika berkhidmat menerusi Perkhidmatan Doktor Udara di Sarawak.
  • Lima individu dalam helikopter BO-105 disahkan maut selepas nahas berhampiran Long Lellang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan