Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Pukul Pensyarah Hingga Buta
Sumber: BERNAMA

Nahas KM204: Syarikat Lori Disyaki Punca Kemalangan Didakwa 4 Mac

Hannah

Nahas KM204: Syarikat Lori Disyaki Punca Kemalangan Didakwa 4 Mac

MELAKA, 10 Feb (Bernama) — Syarikat lori yang disyaki menjadi punca kemalangan menyebabkan tujuh maut membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Dis lepas, akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 Mac.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata sebutan kes di bawah pertuduhan Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 itu, di Mahkamah Majistret Alor Gajah.

Beliau berkata selain itu, pihaknya juga memohon untuk melucut hak treler semi tangki yang membawa muatan serbuk simen di bawah Seksyen 80(4) APAD 2010.

“Kita telah menyerahkan saman bagi tindakan mahkamah kepada pemilik syarikat lori dari Johor itu pada 7 Feb dan tarikh sebutan kes berkenaan ditetapkan pada 4 Mac.

“Pertuduhan dibuat atas kesalahan lebih muatan iaitu lebihan 16,250 kilogram atau 31 peratus had muatan yang dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (Lebuh AMJ) berhampiran Melaka Sentral, di sini malam tadi.

BACA: Tujuh Maut, 33 Cedera Dalam Kemalangan Di KM204 Plus Arah Utara

Media sebelum ini melaporkan tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM204 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.

Siasatan awal mendapati bas persiaran tersebut terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain.

Kejadian itu menyebabkan lima penumpang Toyota Estima dan pemandu bas serta penumpangnya meninggal dunia.

BACA: Lima Rumah, Empat Motosikal Rosak Dalam Kebakaran Di Manjoi

BACA: Kemungkinan Asteroid 2024 YR4 ‘Hentam’ Bumi Meningkat

Sumber: BERNAMA