Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Nak Refund…” Reaksi Ibu Bila Anak Suruh Habiskan Teh Ais Gergasi Buat Ramai Terhibur
Ibu bukan sahaja seorang pelindung dan pendidik, tetapi juga teman bergurau yang sentiasa membawa keceriaan dalam kehidupan anak-anaknya.
Bergurau bersama ibu mencipta saat-saat bahagia yang manis, di mana gelak tawa yang terukir menjadi pengikat kasih sayang antara ibu dan anak.
Setiap senda gurau yang ikhlas bukan sahaja mengeratkan hubungan keluarga, malah menjadikan suasana harian lebih hangat dan penuh kasih.
Gelak tawa dan kehangatan yang tercipta daripada gurauan bersama ibu akan sentiasa menjadi kenangan manis yang terpahat dalam ingatan sepanjang hayat.
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita kelihatan terkedu dan terkejut selepas melihat saiz cawan teh ais yang dipesan di sebuah restoran terkemuka.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @izzahrosile di TikTok, pemilik video bersama adik-beradiknya sempat mengusik ibu mereka dengan bergurau bahawa air minuman besar itu milik ibunya seorang.
“Itu (air minuman) untuk mummy seorang je,” katanya.
Apabila mendengar perkara itu, ibu mereka menunjukkan reaksi terkejut dan hampir menangis kerana risau, malah sempat meminta @izzahrosile supaya memohon “refund”.
Lebih menghiburkan lagi apabila anak lelakinya yang berada di sebelah sempat meminta ibunya menghabiskan air minuman tersebut, namun si ibu dengan nada hampir menangis menjawab, “tak boleh”.
Selepas tahu bahawa air minuman itu sebenarnya untuk dikongsi bersama, wajah si ibu kembali ceria dan dia terus ingin merasa teh ais tersebut.
Menurut @izzahrosile, ibunya pernah menjalani pembedahan di bahagian otak akibat pendarahan dalaman, yang menyebabkan beliau kini berperwatakan seperti kanak-kanak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan telatah keluarga ini.
Dalam masa sama, ada juga yang memuji sikap si ibu yang kelihatan penyayang, jujur dan spontan dalam melayani gurauan anak-anaknya.
“Aku gelak dalam nangis,” komen seorang wargamaya
“Mesti sis nak hiburkan hati ibu sis kan? teruskan selagi ada sis… nanti benda kecil macam ni akan jadi kenangan bermakna dalam hidup,” komen seorang lagi wargamaya.
Sumber: @izzahrosile via TikTok