Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Kredit: AFP

Olimpik Paris: Imane Khelif Gondol Pingat Emas Acara Tinju Wanita

Azizah Najib

Olimpik Paris: Imane Khelif Gondol Pingat Emas Acara Tinju Wanita

Paris — Peninju Algeria, Imane Khelif berjaya memenangi pingat emas di Olimpik apabila dapat menewaskan lawannya, atlet China, Yang Liu dalam kategori 66 kilogram pada Jumaat, lapor CNN Sports.

Di awal pusingan, Imane berjaya mengatasi lawannya. Begitu juga dalam pusingan kedua apabila tumbukan Imane memaksa atlet China itu ke tepi gelanggang. Imane kelihatan semakin bersemangat apabila sorakan para penonton semakin bergema lalu memberinya kemenangan dalam pusingan tersebut.

Biarpun Yang melakukan beberapa percubaan membuat serangan, namun atlet itu tidak berjaya melepasi pertahanan Imane dalam pusingan ketiga. Imane berterusan memberi tekanan kepada Yang dan seterusnya mendapat kemenangan mutlak bagi perlawanan akhirnya.

BACA: Atlet CrossFit Dari Serbia Meninggal Dunia Ketika Acara Renang

Selepas loceng penamat berbunyi, kedua-dua atlet berpelukan bagi menunjukkan semangat kesukanan dan penghormatan.

“Saya sangat gembira. Inilah impian saya selama lapan tahun, dan sekarang saya juara Olimpik dan penerima pingat emas.

“Saya berusaha selama lapan tahun, tidak tidur, kepenatan lapan tahun. Sekarang saya juara Olimpik. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Semua warga Algeria dan semua yang berada di pangkalan saya. Saya ingin berterima kasih kepada pasukan dan jurulatih saya. Terima kasih banyak,” ucap atlet muda itu.

BACA: Olimpik Paris: Rizki Juniansyah Hadiahkan Emas Kedua Untuk Indonesia

Penonton bersorak kuat apabila pengumuman kemenangan Imane dengan mata mutlak. Atlet berusia 25 tahun itu mengangkat tangan lawannya ke udara apabila mendengar keputusan kemenangan. Atlet itu turut dilihat membuat tarian kemenangan dan bergambar di gelanggang sebelum dibawa pergi oleh jurulatihnya.

Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune turut merakamkan ucapan tahniah kepada Imane Khelif yang berjaya gondol pingat emas di Olimpik menerusi platform media sosial X miliknya.

“Kami semua berbangga dengan anda, Imane juara Olimpik. Kemenangan anda hari ini merupakan kemenangan (buat) Algeria dan pingat emas anda merupakan pingat emas (buat) Algeria. Terima kasih, Imane Khelif,” ucap presiden tersebut.

BACA: Olimpik Paris: Kecewa Penyertaan Dibatalkan, Atlet Gusti India Umum Bersara

Sumber: CNN Sports, BBC Sport, Abdelmadjid Tebboune via X