Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Orang Lain Buat Perangai Tapi Kita Yang Malu, Ini Penjelasan Psikologi Di Sebaliknya
Pernah tak alami situasi di mana orang lain buat sesuatu, tapi entah kenapa kita pula yang rasa segan dan tidak selesa?
Contohnya, apabila terlihat seseorang bercakap terlalu kuat di tempat awam, tersasul ketika berucap atau memuat naik video yang agak memalukan di media sosial.
Walaupun perkara itu tidak ada kena-mengena dengan diri kita, perasaan ‘tak senang duduk’ tetap muncul.
Justeru, kali ini SK akan mengungkap penjelasan psikologi di sebaliknya, menurut portal Mental Floss.
Menurut portal Mental Floss, rasa malu bagi pihak orang lain atau sering disebut sebagai secondhand embarrassment.
Walaupun namanya berbeza, perasaan ini dirasai hampir sama seperti malu yang dialami sendiri.
Kita mungkin rasa segan, tak selesa, muka panas, berpeluh atau jadi kekok walaupun kita tidak terlibat secara langsung dalam situasi tersebut.

Kajian menunjukkan kita tidak perlu mengenali individu tersebut untuk berasa malu bagi pihak mereka.
Malah, orang itu sendiri mungkin tidak sedar langsung bahawa situasi yang dialaminya kelihatan memalukan pada pandangan orang lain.
Sebagai contoh, seseorang mungkin berjalan dengan zip seluar terbuka.
Individu itu tidak rasa malu, tetapi orang yang melihat boleh berasa sangat tidak selesa atau segan bagi pihaknya.
Menurut Mental Floss lagi, sebenarnya rasa malu bagi pihak orang lain lebih berkait dengan empati kerana kita membayangkan diri kita berada dalam situasi tersebut.

Keupayaan untuk “meletakkan diri” di tempat orang lain sudah cukup untuk mencetuskan reaksi fizikal dan emosi yang sama dalam diri kita.
Secara umum, semakin tinggi tahap empati seseorang, semakin kuat perasaan malu secara tidak langsung yang dialaminya.
Mental Floss menjelaskan bahawa kemungkinan terdapat faktor genetik, pengalaman hidup ketika kecil, atau seseorang itu mempunyai sempadan emosi yang lebih kuat sehingga reaksi fizikal seperti rasa segan dan tidak selesa tidak terlalu mempengaruhi dirinya.
Selain itu, orang yang suka menonton situasi memalukan pula tidak bermakna dia kurang empati.

Secara ringkasnya, rasa malu bagi pihak orang lain wujud dalam satu spektrum.
Ada individu yang sangat mudah merasa malu dan berempati terhadap orang lain, manakala ada juga yang kurang terkesan dan tidak memberi reaksi sekuat itu.