Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
jia pusingan kalah mati
Gambar: BERNAMA

Paris 2024: Zii Jia Lengkapkan Sesi Pemanas Badan, Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Azizah Najib

Paris 2024: Zii Jia Lengkapkan Sesi Pemanas Badan, Layak Ke Pusingan Kalah Mati

PARIS, 31 Julai (Bernama) — Pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia seperti diramalkan, dengan mudah melepasi peringkat kumpulan Olimpik Paris 2024 untuk layak ke pusingan kalah mati, di Porte de La Chapelle Arena, hari ini.

Juara All England 2021 itu menewaskan pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, 21-10, 21-13 dalam masa 34-minit, dalam perlawanan Kumpulan G untuk layak ke pusingan 16 terakhir.

Sepanjang permainan Zii Jia tidak berhadapan banyak masalah daripada pemain berusia 39 tahun dari Sepanyol itu, yang menyertai Sukan Olimpik buat kali kelima sejak edisi Beijing 2008.

BACA: Goh Jin Wei Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Zii Jia pemain berkedudukan ketujuh dunia, memulakan kempen Olimpiknya dengan kemenangan ke atas pemain ke-70 dunia Viren Nettasinghe dari Sri Lanka pada Ahad.

Bagaimanapun cabaran Zii Jia bermula pada pusingan 16, apabila dijangka akan berhadapan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, jika tidak berlaku kejutan pada perlawanan Kumpulan H, selepas ini.

Pada penampilan pertama Zii Jia di Olimpik Tokyo 2020, beliau tewas kepada pemain China Chen Long pada pusingan 16.

BACA: Paris 2024: Ga Eun Tamatkan Cabaran Jin Wei

Zii Jia kini berharap untuk memperbaiki keputusannya di Olimpik Tokyo, apabila beliau berhadapan dengan juara Kumpulan H, yang akan ditentukan selepas perlawanan antara Ginting dan pemain tuan rumah Tomo Junior Popov.

“Dia (Abian) berikan saya tekanan pada awalnya, namun saya dapat menguruskannya dengan baik. Kini saya telah layak ke pusingan 16 terakhir Olimpik lagi, dan diharapkan keputusan yang lebih baik untuk saya kali ini.

Perlawanan esok tentunya akan lebih sukar, seperti yang anda tahu pertemuan saya dengan Ginting tidak baik untuk saya (sekali menang, lima kali kalah), jadi ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar.

Mengenai peluang Junior Popov membuat kejutan dan layak, Zii Jia berkata apa-apa sahaja boleh berlaku pada perlawanan di Olimpik.

“Saya rasa sesiapa sahaja yang akan saya jumpa akan sukar. Popov akan bermain di hadapan penyokongnya sendiri, jadi tentunya dia lebih bersemangat dan yakin, berbanding biasa,” katanya.

BACA: Paris 2024: Hasrat Syaqiera Tersekat Menerusi ‘Shoot-Off’

Sumber: BERNAMA