Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengasas Aplikasi Telegram, Pavel Durov Dilapor Ditahan

pengasas telegram ditahan
Kredit: NDTV

Pengasas Aplikasi Telegram, Pavel Durov Dilapor Ditahan

Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif aplikasi Telegram, Pavel Durov dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa Perancis.

Beliau ditahan selepas tiba dengan jet peribadinya di Lapangan Terbang Bourget dari Azerbaijan, sekitar 8.00 malam waktu tempatan pada malam Sabtu.

Difahamkan, Durov dijangka akan berdepan tuduhan di mahkamah pada Ahad.

Dalam pada itu, lelaki berusia 39 tahun dari Rusia itu dipercayai telah lama menjadi sasaran waran tangkap di Perancis.

Hal ini disebabkan ketiadaan kawalan terhadap Telegram yang menyebabkan aplikasi tersebut digunakan bagi pengubahan wang haram, pengedaran dadah dan penyebaran kandungan pedofilia, menurut BFMTV.

BFMTV juga melaporkan bahawa pengasas Telegram tersebut tidak sering melawat Perancis dan Eropah sejak waran tangkap dikeluarkan.

Durov menetap di Dubai, tempat di mana Telegram berpusat, dan memegang kewarganegaraan berganda Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pengusaha yang juga bergelar bilionair itu dan adiknya, Nikolai, mengasaskan aplikasi pesanan Telegram pada tahun 2013, di mana kini ia mempunyai kira-kira 900 juta pengguna aktif.

Menurut anggaran Forbes, kekayaan Durov dianggarkan sekitar 15.5 bilion Dolar.

BACA: SZBLOOMS Mempersembahkan Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka!

BACA: Burung Boleh Bawa Risiko Keselamatan Pesawat, Ketahui Kaedah Kawalan Burung Di Lapangan Terbang

BACA: Insiden Tanah Jerlus: Operasi Hari Kedua Belum Temukan Petunjuk Baharu

Sumber: CNN, The Guardian