Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penyanyi Tamil Tempatan Dan Ibu Maut Terjatuh Kondo

Iqbal Yasir
Penyanyi Tamil Tempatan Maut kond
Gambar: Bernama

Penyanyi Tamil Tempatan Dan Ibu Maut Terjatuh Kondo

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Pelakon dan penyanyi Tamil terkenal tempatan Sivakumar Jayabalan dan ibunya ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata siasatan awal mendapati insiden yang menimpa Sivakumar, 48, dan ibunya yang berusia 76 tahun itu berlaku pada 12.35 tengah hari.

“Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras untuk bedah siasat dan setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Bernama

BACA: Anggota Polis Putus Telinga Akibat Digigit Lelaki Warga Asing

BACA: Wanita Jepun Jatuh Bangunan Isteri Ridzokumura – KP Selangor