Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penyiasat Paranormal Popular Maut Ketika Jelajah Bersama Patung Annabelle
Penyiasat paranormal, Dan Rivera dilaporkan maut secara misteri ketika dalam siri jelajah “Devils on the Run” bersama anak patung berhantu, Annabelle.
Rivera, 54, yang juga penyiasat kanan dari New England Society for Psychic Research (NESPR), ditemui tidak sedarkan diri di sebuah hotel di Gettysburg pada pagi Ahad.
Pasukan kecemasan telah dikerahkan ke lokasi, namun segala usaha resusitasi (CPR) gagal menyelamatkan nyawanya.
Punca kematian masih belum dikenal pasti sehingga kini, dan siasatan sedang dijalankan oleh Pejabat Koroner Daerah Adams.
Rivera bukanlah nama asing dalam kalangan komuniti paranormal. Beliau sering muncul dalam rancangan televisyen berkaitan alam ghaib dan pernah bertugas sebagai penerbit penasihat untuk dokumentari Netflix “28 Days Haunted”.
Jelajah terbaharunya telah menarik perhatian ramai kerana melibatkan Annabelle, anak patung yang dikatakan dirasuk dan cukup terkenal dalam dunia mistik.
Jelajah tersebut baru sahaja menamatkan siri lawatan selama tiga hari yang penuh dengan sambutan hangat di Soldiers National Orphanage, lokasi bersejarah yang dikatakan berhantu, dan dikendalikan oleh Ghostly Images of Gettysburg Tours.
Rivera juga aktif di TikTok, di mana beliau sering berkongsi rakaman di sebalik tabir dan pengalaman daripada penyiasatan alam ghaibnya.
Beliau dilihat sebagai tokoh penting yang membantu menghidupkan semula minat terhadap kes-kes asal yang pernah disiasat oleh pasangan Ed dan Lorraine Warren, penyiasat paranormal terkenal yang mengasaskan NESPR dan menginspirasi francais filem “The Conjuring”.
Buat masa ini, punca kematian Rivera masih belum diumumkan secara rasmi oleh Pejabat Koroner Daerah Adams.
Namun, berita kematiannya terus menjadi perbualan hangat dalam komuniti paranormal seluruh dunia, dengan ramai yang mengaitkannya dengan misteri yang menyelubungi anak patung Annabelle itu sendiri.
Anak patung Annabelle merupakan sebuah anak patung Raggedy Ann yang menjadi terkenal sejak tahun 1970-an selepas dikaitkan dengan pelbagai kejadian paranormal.
Berdasarkan rekod NESPR, anak patung itu asalnya dihadiahkan kepada seorang jururawat pelatih pada tahun 1968.
Tidak lama kemudian, beliau dan rakan serumahnya mendakwa diganggu oleh fenomena pelik dan menakutkan.
Seorang perantara mendakwa anak patung itu didiami roh seorang kanak-kanak bernama Annabelle. Namun, gangguan semakin ganas dan menakutkan.
Ed dan Lorraine Warren kemudiannya membuat kesimpulan bahawa roh tersebut bukanlah kanak-kanak, tetapi satu entiti jahat yang menyamar.
Demi keselamatan, mereka mengunci anak patung itu di dalam kotak kaca khas di muzium occult mereka di Connecticut.
Selepas kematian Ed pada tahun 2006 dan Lorraine pada 2019, NESPR diterajui oleh anak perempuan mereka, Judy, dan menantunya, Tony Spera.
Muzium tersebut ditutup kepada umum sejak 2019 kerana isu peraturan tempatan.
BACA: Ketahui Sebab Banyak Stesen Minyak Dekat Antara Satu Sama Lain
BACA: Rupanya Ini Sebab Kulit Epal Ada Bintik-Bintik Halus
BACA: Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama
Sumber: Economic Times