Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
pesawat united airlines
Kredit: Bernama

Pesawat United Airlines Elak Perlanggaran Di Udara, Dua Penumpang Cedera

Azizah Najib

Pesawat United Airlines Elak Perlanggaran Di Udara, Dua Penumpang Cedera

WASHINGTON, 25 Sept (Bernama) — Dua penumpang cedera ketika juruterbang pesawat United Airlines terpaksa membuat maneuver untuk menggelakkan pelanggaran di udara, lapor United Press International (UPI).

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), seorang penumpang cedera parah dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan selepas juruterbang penerbangan UA 2428 dari Newark, New Jersey menerima amaran perlanggaran dari pusat kawalan trafik udara Oakland.

BACA: Lelaki Tidak Sengaja Bayar Bil Elektrik Jiran Hampir 18 Tahun

Pesawat Boeing 757-200 “memperlahan penurunan untuk memberi laluan kepada pesawat lain yang berada pada altitud lebih rendah,” menurut kenyataan United Airlines.

Maneuver itu adalah “pertahanan terakhir terhadap perlanggaran di udara,” menurut Persatuan Penerbangan Perniagaan Kebangsaan.

United Airlines memaklumkan bahawa tanda tali pinggang keselamatan telah dinyalakan, namun dua penumpang termasuk seorang yang tidak berada di tempat duduk ketika kejadian mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital.

BACA: Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki OKU Hilang

Rakaman audio daripada LiveATC.net mendedahkan juruterbang melaporkan kecemasan perubatan kepada pengawal trafik udara di Oakland dengan menyatakan “seseorang mungkin patah buku lali dan beberapa penumpang cedera semasa kami menerima RA (Resolusi Amaran).”

Insiden itu berlaku pada ketinggian 31,000 kaki, kira-kira 70 batu utara San Francisco.

Data daripada FlightRadar24 menunjukkan pesawat Southwest Airlines berada kira-kira 3,000 kaki di bawah penerbangan United Airlines. Pesawat SkyWest berada kira-kira 1,000 kaki lebih rendah.

FAA kini sedang menyiasat kejadian itu.

Sumber: Bernama

BACA: Pasport Hilang Ketika Melancong, Apa Nak Buat? Ikut Langkah Ini