Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Piala Dunia 2026: Congo Kejutkan Portugal, Ikat 1-1 Dalam Aksi Pembukaan

PIALA DUNIA 2026
Kredit: AFP

Piala Dunia 2026: Congo Kejutkan Portugal, Ikat 1-1 Dalam Aksi Pembukaan

Portugal gagal memanfaatkan status sebagai pasukan pilihan apabila sekadar seri 1-1 menentang DR Congo dalam aksi Kumpulan K saingan Piala Dunia 2026 awal pagi tadi.

Keputusan itu sekali gus meneruskan rekod kurang memberangsangkan Portugal dalam aksi pembukaan kejohanan berprestij tersebut, apabila empat daripada lima edisi terakhir menyaksikan mereka gagal meraih kemenangan.

Skuad kendalian Roberto Martínez bermula garang apabila hanya memerlukan enam minit untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan João Neves hasil hantaran lintang Pedro Neto.

Bagaimanapun, kelebihan itu gagal dipertahankan apabila Congo mula bangkit dan tampil lebih tersusun dalam mengatur serangan.

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil menjelang tamat babak pertama apabila Yoane Wissa menjaringkan gol penyamaan menerusi situasi bola mati untuk menghadiahkan gol pertama Congo dalam sejarah Piala Dunia.

Memasuki babak kedua, Congo dilihat lebih berbahaya dengan beberapa percubaan berkualiti yang hampir memerangkap Portugal.

Sebaliknya, Portugal dilihat kehilangan kreativiti dan gagal menambah jaringan walaupun menguasai sebahagian besar permainan.

Martinez turut melakukan beberapa pertukaran dengan mengeluarkan tonggak utama seperti Bernardo Silva, Nuno Mendes dan Vitinha.

Namun, kapten pasukan Cristiano Ronaldo terus kekal di atas padang sehingga wisel penamat.

Pada penampilan Piala Dunia keenamnya pada usia 41 tahun, Ronaldo gagal memberi impak besar apabila tidak berjaya menemui jaringan meskipun memperoleh beberapa peluang.

Prestasi itu sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai peranan dan pengaruh Ronaldo dalam skuad Portugal ketika bintang lain seperti Harry Kane, Kylian Mbappé, Erling Haaland dan Lionel Messi berjaya mencuri tumpuan dalam aksi pembukaan masing-masing.

Sumber:BBC Sport