Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pilih Face Mask Yang Betul Ketika Musim Jerebu

Nur Erizsha
face mask jerebu
Gambar: AI/ImageFX

Pilih Face Mask Yang Betul Ketika Musim Jerebu

Fenomena jerebu yang sering melanda Malaysia bukan sekadar menjejaskan aktiviti harian, malah turut memberi kesan buruk kepada kesihatan, khususnya sistem pernafasan.

Dalam keadaan udara yang tercemar, pemakaian face mask amat penting bagi melindungi diri daripada asap dan habuk halus yang boleh membahayakan kesihatan.

Namun begitu, dengan pelbagai jenis face mask yang terdapat di pasaran, timbul persoalan tentang bagaimana memilih pelitup muka yang benar-benar berkesan ketika musim jerebu.

Jangan bimbang. Panduan ringkas hasil perkongsian daripada Hello Doktor ini dapat membantu anda memilih face mask yang sesuai.

Topeng muka pembedahan (surgical mask)

Gambar: ImageFX

Topeng ini kerap ditemui di dalam hospital. Daripada namanya, ia sering digunakan oleh staf kesihatan di dalam bilik bedah.

Dengan harga yang murah dan mudah didapati, topeng muka ini selalu menjadi pilihan utama dalam banyak keadaan, termasuk jerebu.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya tidak sesuai untuk digunakan semasa jerebu. Topeng muka pembedahan melindungi saluran pernafasan anda daripada cecair dan air liur serta partikel bersaiz besar.

Ia lebih kepada mengelakkan pemakai menyebarkan jangkitan berbanding melindungi dirinya daripada kuman dari luar.

Bagi orang muda yang sihat, ia mungkin boleh digunakan jika tiada alternatif lain. Namun, kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik tidak harus menggunakannya.

Topeng muka N95

Gambar: ImageFX

Jerebu? Inilah pilihan terbaik untuk perlindungan yang berkesan!

Ia mampu menapis sehingga 95% (sebab itu namanya N95) partikel di dalam udara termasuk bersaiz 0.1 hingga 0.3 mikron.

Tambahan pula, topeng muka ini rapat ke kulit dan menutup ruang yang membolehkan udara masuk ke dalam salur pernafasan sebelum ditapis.

Kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti masalah paru-paru, sakit jantung dan asma perlu memakainya. Selain daripada golongan ini juga digalakkan jika perlu berada di luar dalam tempoh yang lama.

Topeng muka N95 boleh digunakan banyak kali asalkan ia dalam keadaan yang baik dan bentuknya masih tidak rosak.

Peringatan

Memilih face mask yang betul amat penting untuk melindungi diri daripada kesan buruk jerebu serta mengurangkan risiko masalah kesihatan, terutamanya berkaitan sistem pernafasan.

Dengan adanya kesedaran dan langkah pencegahan yang tepat, kita bukan sahaja dapat menjaga diri sendiri, malah turut melindungi ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama lebih peka dalam memilih face mask yang sesuai agar kehidupan kekal selamat dan sihat, meskipun ketika musim jerebu melanda.

BACA: Jerebu Kembali Lagi, Ini 6 Langkah Lindungi Diri & Keluarga

BACA: Anwar Sedia Hadapi Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

BACA: Pejabat FIFA Pindah Ke Indonesia

Sumber:

Hello Doktor