Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pinggan bone china
Kredit: Aty Fared

Pinggan ‘Bone China’ Boleh Digunakan? Ini Penjelasan Mufti

Azizah Najib

Pinggan ‘Bone China’ Boleh Digunakan? Ini Penjelasan Mufti

Set pinggan mangkuk merupakan salah satu barangan asas yang penting bagi setiap isi rumah. Terdapat pelbagai pilihan bentuk, corak dan bahan buatan seperti kaca, seramik atau plastik yang boleh dipilih mengikut cita rasa masing-masing.

Bagi mereka yang meminati barangan seramik, pilihan yang ada kini semakin meluas.

Set pinggan mangkuk seramik yang lebih ringan, tidak mudah pecah dan dihiasi dengan corak minimalis kini banyak dijual dalam talian dengan harga yang berpatutan, membuatkan ramai pengguna rambang mata untuk memilih.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat sejenis seramik istimewa yang dikenali sebagai ‘bone China’? Seramik ini diperbuat dengan mencampurkan debu tulang ke dalam bancuhan, menjadikannya unik dan berbeza daripada seramik biasa.

Justeru, kami kongsikan penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan penggunaan pinggan mangkuk berasaskan abu tulang haiwan atau ‘bone China’ ini.

Mufti Wilayah Perjelas Hukum Menggunakan Pinggan Mangkuk Buatan ‘Bone China’

Bone China diterjemahkan menurut Kamus Dewan sebagai tembikar cina. Komposisinya memiliki 50% debu tulang, 25% kaolin dan 25% batu Cornish. Tulang yang digunakan ialah tulang haiwan yang dipanaskan pada suhu yang tinggi.

Berkenaan dengan hukum, sepakat dalam kalangan ulama penggunaan tulang daripada jenis binatang halal yang disembelih dengan betul.

Namun mereka khilaf dalam penggunaan tulang binatang halal yang tidak disembelih dengan betul, ataupun bangkai. Justeru, jika diyakini syarikat berkenaan menggunakan sumber tulang yang suci, maka ia bukan najis.

Jika sebaliknya, maka ia adalah najis dan tidak sesuai digunakan sebagai bekas makanan.

Kami bersetuju dengan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

· Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

· Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

· Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.

· Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

· Walau bagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Wallahua’lam.

Semoga bermanfaat.

BACA: Leka Kupas Kubis, Cara Unik Bapa Elak Anak Meragam Curi Tumpuan Ramai

BACA: Menakjubkan, Gurun Atacama Dilitupi Bunga Ungu & Putih Selepas Hujan Luar Biasa

BACA: Timbalan Naib Canselor UiTM Diiktiraf 50 Wanita Terbaik Dalam Bidang Pendidikan

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan