Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar: Tiada Hajat Bina Mercu Tanda Baharu

Syed Faisal Sayed Muhammad
mercu tanda baharu
Kredit BERNAMA

PM Anwar: Tiada hajat bina mercu tanda baharu

PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak berhajat untuk membina mercu tanda baharu di bawah pentadbirannya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara TRX sudah mencukupi.

“Saya jaga Kuala Lumpur, cukup mercu tanda KLCC dan TRX, saya takkan bersaing. Bawah Anwar, saya tak berhajat buat petanda,” katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 bertema ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari ini.

Sebaliknya, Anwar berkata terdapat keperluan untuk menjana keupayaan kota, kebersihan, keindahan serta memberi ruang dan tumpuan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS), golongan penjaja dan pengusaha warung.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Berdasarkan pemerhatiannya melalui pendekatan makan di warung pada setiap Jumaat, Anwar berkata kurang perhatian diberikan kepada golongan PKS dan penjaja.

“Oleh itu tumpuan membantu sektor itu perlu dalam memastikan rakyat golongan bawah mendapat manfaat dari inisiatif dan pembaharuan,” katanya yang turut mengajak syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bersama menjayakan usaha itu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sumber: BERNAMA