Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Jumpa Mayat Reput Dalam Tesla Milik Penyanyi Terkenal

Athirah
Jumpa Mayat Reput
Kredit: ABC7

Polis Jumpa Mayat Reput Dalam Tesla Milik Penyanyi Terkenal

Pihak polis menemukan mayat reput di dalam but sebuah kereta Tesla yang disita di Hollywood, Amerika Syarikat (AS), lapor AFP.

Media tempatan melaporkan kenderaan itu dipercayai telah didaftarkan atas nama bintang rap muda AS, D4vd.

Difahamkan, penduduk berhampiran kawasan simpanan kenderaan memaklumkan kepada pihak polis apabila terhidu bau busuk dari lokasi itu pada Isnin lalu.

Pegawai bertugas memberitahu, pemeriksaan mendapati mayat yang dibalut dengan plastik disorokkan dalam ruang bagasi hadapan kereta elektrik itu.

“Kami dimaklumkan pagi ini dan kereta itu sudah berada di sini beberapa hari,” kata Robert Peters dari Jabatan Polis Los Angeles.

Media tempatan melaporkan kereta berkenaan telah didaftarkan di Texas atas nama David Anthony Burke, iaitu nama sebenar bintang rap itu.

Menurut AFP, penyanyi berusia 20 tahun itu dijadualkan membuat persembahan di Minneapolis semalam sebagai sebahagian jelajah dunianya.

D4vd mula meraih populariti pada 2022 apabila lagunya, Romantic Homicide menjadi tular di TikTok.

Penyanyi berkenaan dilihat masih aktif mempromosikan album terbaharunya di media sosial dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Bagaimanapun, dia tidak memberi sebarang reaksi terhadap penemuan mayat berkenaan.

Kawasan simpanan kenderaan itu terletak berhampiran Tesla Diner milik Elon Musk, yang dibuka dengan penuh gilang-gemilang di Hollywood pada Julai lalu.

BACA: Telan Hempedu Ular Sebagai Cabaran, Cacing Pita Bersarang Dalam Otak
BACA: Kubur Wanita Digali Individu Misteri, Tali Ikat Kain Kafan Dicuri
BACA: Satu Makmal Riuh, Katak “Besar” Terlepas Sebelum Eksperimen Bermula
BACA: Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak

Sumber: France24/AFP