Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis KL Tawar 50 Peratus Diskaun Saman Bermula Esok Hingga Sabtu

Hannah
Diskaun Saman KL
Sumber: BERNAMA

Polis KL Tawar 50 Peratus Diskaun Saman Bermula Esok Hingga Sabtu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.

Mohd Zamzuri berkata tawaran diskaun berkenaan tidak termasuk bagi kes saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan langgar lampur isyarat.

“Kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BACA: Bekalan Runcit NGV Seluruh Negara Ditamatkan Sepenuhnya Pada 1 Julai 2025

BACA: LHDN Tidak Pernah Hantar Pautan Status Bayaran Balik Melalui Portal MyTax

BACA: PTPTN Run 2024 Menyatukan Generasi Dengan Gaya Hidup Sihat

Sumber: BERNAMA