Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Mohon Bantuan Kesan NurKhairah Hawabillah
SEPANG, 7 Jan (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Sungai Pelek, Sepang yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata kehilangan Nurkhairah Hawabillah Abdul Latif dilaporkan bapanya pada 10.12 malam tadi.
“Sebelum hilang, didapati Nurkhairah Hawabillah tiada sebarang masalah dengan keluarga dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapanya.
“Remaja itu dikesan hilang kira-kira 10.30 pagi Ahad. Dia memakai sweater warna kelabu, seluar jeans hitam dan tudung hitam dan tidak menggunakan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nurkhairah Hawabillah tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohd Fizal Sulaiman menerusi talian 013-3029027 untuk membantu siasatan.
BACA: Isteri Minta Sunting Gambar Suami ‘Kumpau’ Dengan Ikan, Ini Hasilnya
BACA: Asyik Kejar Makanan Viral & Foodtruck, Sekali Lain Pula Jadi Bila Jumpa Trak ‘Istimewa’ Ni
Sumber: Bernama