Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang
KUALA LUMPUR — Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak Ahad.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata remaja itu ialah Puteri Damia Darwisyah Abdullah, yang mempunyai ketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 kilogram dan berkulit sawo matang.

“Puteri Damia Darwisyah dipercayai dilihat kali terakhir di USJ 11, Subang Jaya, Selangor, pada Ahad 6 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan menyeru orang ramai yang menemukan atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan remaja ini, agar menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100.
BACA: Hilang Sejak Sabtu, Albertine Ditemui Selamat
BACA: Hilang Dua Hari, Warga Emas Ditemui Dalam Keadaan Lemah
BACA: Hilang Sejak 15 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Shafila Suaib
Sumber: BERNAMA