Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Punca-Punca Stereng Bergetar Ketika Braking

Punca-Punca Stereng Bergetar Ketika Braking

Masalah stereng yang bergegar secara tiba-tiba ketika pedal brek ditekan sering kali mendatangkan kerisauan serta boleh menjejaskan tahap keselamatan pemanduan anda.

Jom kita belajar antara punca-punca stereng bergetar ketika kita sedang membrek kereta. Smeoga bermanfaat.

1. Cakera Brek Sudah Herot (Warped Brake Rotor)

Punca paling utama bagi masalah ini adalah disebabkan oleh permukaan cakera brek yang sudah menjadi melengkung atau tidak rata akibat suhu panas yang melampau.

Apabila anda menekan pedal brek, pad brek akan mencengkam permukaan cakera yang herot itu lalu menghasilkan getaran kasar yang disalurkan terus ke sistem stereng.

Kerosakan cakera ini kerap berlaku sekiranya anda membasuh kenderaan atau meredah lopak air sejurus selepas melakukan pemanduan jauh ketika komponen tersebut masih panas membara.

2. Kehausan Komponen Sistem Ampaian (Suspension)

Komponen sistem ampaian kenderaan yang sudah longgar atau haus seperti ball joint dan tie rod end turut menyumbang kepada masalah ketidakstabilan roda.

Sistem ampaian yang sudah rosak ini akan gagal menyerap tekanan mekanikal sewaktu kelajuan kereta dikurangkan secara mengejut semasa proses membrek dilakukan.

3. Jajaran Dan Imbangan Roda Yang Tidak Tepat

Masalah jajaran roda yang tidak selari atau ketidakseimbangan berat pada tayar juga boleh memicu kepada masalah gegaran stereng yang kronik.

Walaupun impak gegaran tersebut kadangkala kurang dirasai ketika memandu perlahan, ia akan bertukar menjadi sangat kasar apabila anda mengenakan tekanan pada pedal brek.

4. Bosh Getah Pada Control Arm Sudah Pecah

Bosh getah pada lengan kawalan yang sudah merekah atau pecah akibat faktor usia akan mewujudkan ruang pergerakan bebas yang longgar antara komponen besi.

Apabila brek diaktifkan, anjakan mengejut pada roda akan berlaku kerana ketiadaan penebat getah tersebut lalu mengakibatkan stereng bergetar dengan sangat kuat.

Tip Poket Selamat Untuk Pemilik Kenderaan

Sekiranya masalah berpunca daripada cakera brek yang herot tetapi keadaannya masih tebal, anda boleh meminta pihak mekanik untuk melakukan proses skimming sahaja.

Proses melarik semula permukaan cakera ini jauh lebih menjimatkan wang berbanding kos membeli dan menukar set cakera brek yang baharu di bengkel.

Sumber:Kia Laos