Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
atlet judo aug 2024 menang emas
Gambar: Bernama

Raih Emas Pertama, Nur Farah Izzati Mahu Baiki Kereta dengan Insentif RM3,000

Azizah Najib

Raih Emas Pertama, Nur Farah Izzati Mahu Baiki Kereta dengan Insentif RM3,000

SURABAYA, 26 Jun (Bernama) — Atlet judo wanita negara Nur Farah Izzati Wallah meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 selepas mengetepikan pencabar tuan rumah yang juga atlet Sukan Olimpik Maryam March Maharani.

Dalam acara bawah 52 kilogram (kg) wanita yang berlangsung di Pusat Konvensyen Airlangga di sini hari ini, Maryam March dibatalkan penyertaan akibat melanggar peraturan perlawanan dengan membawa masuk ‘airpod’ dalam pakaiannya pada aksi final itu.

Nur Farah Izzati menyifatkan kemenangan diraihnya sebagai bukti usaha yang dilakukannya selama ini berbaloi dan mahu menggunakan insentif RM3,000 yang diumumkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir minggu lepas untuk membaiki kereta.

BACA: Siap Nak Panggil Polis, Wanita Terkejut Jumpa ‘Rambut’ Dalam Ekzos Kereta

“Sebelum saya datang sini kereta saya rosak, itu pun ketika saya dalam perjalanan untuk ke latihan sebagai persediaan ke AUG, insentif itu saya nak guna untuk betulkan kereta saya.

“Perjuangan saya sebelum ini…ada banyak sangat cabaran, saya tahun ini semester terakhir sebelum masuk latihan industri, tidak semestinya kita pelajar tak boleh berjaya dalam sukan, ” kata atlet kelahiran Perak itu kepada pemberita selepas perlawanan.

Terdahulu, pada pusingan pertama Nur Farah Izzati menang mudah ke atas atlet Singapura Maryam March Maharani untuk mara ke perlawanan akhir.

BACA: Lebih 25,000 Kursus Tersedia, NTW 2024 Peluang Dapatkan Sijil Latihan Kemahiran Percuma

Sementara itu, seorang lagi atlet negara Muhammad Fareez Mohameid terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas dikecewakan atlet tuan rumah Tommy Darmawan dalam acara bawah 60kg lelaki.

Muhammad Fareez sebelum itu menewaskan pencabar dari Singapura, Bryan Tze Haeng pada pusingan pertama pagi tadi.

Sumber: Bernama

BACA: Wan Zarif Rangkul Gelaran Masters Lelaki Remaja Asia