Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Tak Tahu, Ini Prosedur Sebenar Tarik Kereta

Iqbal Yasir
Prosedur Sebenar Tarik Kereta
Gambar: Bernama

Ramai Tak Tahu, Ini Prosedur Sebenar Tarik Kereta

Setiap individu pastinya menyimpan impian untuk memiliki sebuah kenderaan yang didaftarkan atas nama mereka sendiri.

Kenderaan ini boleh dibeli secara tunai (cash) atau melalui bayaran ansuran bulanan (loan) berdasarkan perjanjian yang telah dibuat bersama institusi kewangan.

Bagi yang membeli secara tunai, kenderaan tersebut akan menjadi hak milik sepenuhnya.

Namun, bagi mereka yang membelinya secara ansuran (loan), pemilikan penuh hanya akan berlaku setelah hutang dilangsaikan.

Jadi, ia menjadi tanggungjawab pembeli untuk memastikan bayaran pinjaman diselesaikan tepat pada waktunya.

Ini kerana, kegagalan melunaskan bayaran ansuran mengikut persetujuan boleh menyebabkan kenderaan tersebut ditarik semula.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa walaupun kenderaan belum habis dibayar, pembeli masih mempunyai hak tertentu.

Malah, prosedur penarikan kenderaan boleh diselesaikan secara baik tanpa pertikaian jika kita memahami hak kita sebagai pembeli.

Konsep sewa beli & penarikan kenderaan

Sebelum membincangkan prosedur penarikan kenderaan, mari kita fahami terlebih dahulu konsep sewa beli.

Dalam urusan ini, pembeli dianggap sebagai “penyewa” manakala institusi kewangan merupakan “pemilik” kenderaan sehingga pinjaman selesai.

Menurut Akta Sewa Beli, institusi kewangan mempunyai hak untuk menarik balik kenderaan jika penyewa (pembeli) gagal membayar ansuran seperti yang dipersetujui.

Namun, hanya ejen penarik yang berdaftar di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh melakukan penarikan secara sah.

Proses penarikan juga mesti dilaporkan kepada polis sebelum dijalankan.

Penting untuk diingat, polis tidak melindungi ejen penarik yang dilantik oleh institusi kewangan dalam melaksanakan tugas mereka.

Hak penyewa (pembeli)

Gambar: Bernama

Sebelum penarikan dilakukan, penyewa (pembeli) mempunyai beberapa hak yang perlu dihormati oleh ejen penarik. Antaranya ialah:

  • Proses penarikan tidak boleh dilakukan di kawasan kediaman berpagar.

  • Proses penarikan tidak boleh dilakukan pada cuti umum.

  • Waktu operasi penarikan kenderaan adalah pada 9 pagi sehingga 9 malam sahaja.

  • Jika kenderaan yang hendak ditarik telah membuat bayaran melebihi 75 peratus pinjaman, ejen penarik perlu mengemukakan surat arahan tarik dari institusi kewangan dan perintah Mahkamah kepada penyewa.

  • Ejen penarik perlu mempunyai Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.

  • Ketika urusan penarikan kenderaan, ejen penarik kenderaan perlu bersikap profesional, memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian.

  • Proses penarikan tidak boleh dilakukan dalam bentuk kekerasan.

  • Barangan berharga penyewa (pembeli) yang terdapat di dalam kereta boleh dikeluarkan oleh penyewa (pembeli) sebelum kenderaan ditarik (diberikan masa cukup).

  • Laporan polis perlu dilakukan oleh ejen penarik kenderaan bagi mengesahkan proses penarikan kenderaan.

  • Penyewa (pembeli) berhak membuat laporan polis sekiranya berlaku jenayah, kekerasan, peras ugut duit mahupun pencerobohan premis tanpa izin ketika proses penarikan kenderaan.

Prosedur sebelum penarikan kenderaan

1. Institusi kewangan akan menghantar Notis Jadual Keempat kepada penyewa sebagai amaran awal bahawa kenderaan mungkin akan ditarik jika tunggakan tidak dibayar. Notis ini sah selama 21 hari.

2. Jika pembayaran masih gagal dilakukan, notis kedua akan dikeluarkan 14 hari selepas notis pertama tamat tempoh, sebagai pemberitahuan bahawa penarikan kenderaan akan dilakukan.

3. Penyewa boleh melangsaikan tunggakan dalam tempoh yang diberikan untuk mengelak penarikan, atau menyerahkan kenderaan kepada pihak bank sebelum tempoh notis tamat.

4. Setelah kenderaan ditarik, baki hutang yang belum dijelaskan akan ditolak nilai kenderaan.

Tindakan penyewa (pembeli) ketika proses penarikan kenderaan

Ketika kenderaan ditarik, penyewa adalah disarankan untuk mencatat maklumat berikut:

  • Nama ejen penarik

  • Nombor permit ejen

  • Nama dan alamat bank

  • Lokasi tempat kenderaan akan disimpan

Tindakan penyewa (pembeli) selepas kenderaan ditarik

1. Setelah kenderaan ditarik, penyewa (pembeli) akan menerima notis Jadual Kelima daripada institusi kewangan dalam tempoh 21 hari. Notis ini memberi peluang kepada penyewa untuk membayar semula jumlah hutang yang tertunggak kepada pihak bank, termasuk mengembalikan kenderaan tersebut jika perlu.

  • Segala hutang tertunggak dan perbelanjaan tunai langsung seperti kos penyimpanan, pembaikan, penyelenggaraan serta kos penarikan dan penghantaran balik yang ditanggung oleh institusi kewangan mesti dijelaskan.

  • Penyewa (pembeli) juga perlu melunaskan semua kos ini dan menyelesaikan baki hutang sepenuhnya.

2. Sekiranya penyewa gagal melunaskan hutang dalam tempoh 21 hari selepas notis Jadual Kelima dikeluarkan, institusi kewangan berhak untuk menjual kenderaan tersebut melalui lelongan awam. Institusi kewangan juga boleh menawarkan kepada penyewa (pembeli) untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah daripada anggaran yang ditetapkan dalam notis tersebut.

Semoga bermanfaat.

BACA: 5 Tip Penjagaan Asas Motosikal, Semua Perlu Tahu

BACA: Ini Senarai Sukan Dipertandingkan Dalam Sukan Komanwel 2026

BACA: 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Kereta Cepat Rosak

Sumber: Bjak