Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Chef Malvin Gatu via FB

Resipi Jeruk Buah Bambangan, Buah Khas Dari Borneo

Aina Munirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Resipi Jeruk Buah Bambangan, Buah Khas Dari Borneo

Umum mengetahui bahawa jeruk merupakan salah satu kaedah pengawetan makanan yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. Bukan itu sahaja, proses penjerukan juga dapat membantu memanjangkan jangka hayat buah-buahan atau sayur-sayuran dengan lebih lama.

Selain itu, jeruk juga menghasilkan rasa yang sangat unik dan menarik dengan gabungan rasa masam, manis atau masin.

Ia juga berfungsi sebagai pelengkap hidangan ataupun pembuka selera. Malah, kepelbagaian variasi jeruk yang ada juga mencerminkan kreativiti orang kita dalam memanfaatkan hasil alam serta menyesuaikan dengan cita rasa tempatan.

Biasanya, kita sering mendengar nama-nama jeruk buah-buahan seperti jeruk mangga, jeruk anggur, jeruk kedondong dan macam-macam lagi.

Namun, bagi masyarakat negeri Sabah, buah bambangan sering menjadi salah satu buah yang ikonik bagi mereka. Oleh sebab itu, ada yang turut menghasilkan jeruk dengan menggunakan buah ini.

Salah seorang pengguna Facebook, Chef Malvin Gatu ada berkongsi cara pembuatan jeruk bambangan. Menurutnya, cara pembuatan yang dikongsi itu merupakan cara yang sama diajar oleh orang zaman dahulu kepada ibunya.

Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Bahan-bahan

  • Buah bambangan

  • Garam

BACA: Resipi Yong Tau Foo ‘Style’ Hakka, Rupanya Mudah Je Nak Buat

Cara penyediaan

Mula-mula, cuci bersih buah bambangan tersebut dan lap permukaan kulitnya sehingga betul-betul kering bagi mengelakkan kotoran yang melekat pada kulit terkena pada bahagian isi buah tersebut.

Seterusnya, kupas nipis kulit buah tersebut dan jangan biarkan ia mengena pada bahagian isi. Ini kerana lapisan luar buah tersebut diperlukan bagi proses penghasilan jeruk ini.

Selepas selesai kupas, lap buah tersebut sehingga bersih dan potong buah tersebut kepada potongan kiub kecil.

Kemudian, buka biji buah tersebut dan ambil bahagian dalaman biji tersebut. Cuci dan bersihkan biji tersebut dan potong kepada potongan yang kecil.

Anda juga boleh kisarkan biji tersebut dengan menggunakan mesin pemproses makanan. Pastikan biji tersebut tidak dikisar terlalu hancur.

Selepas itu, anda boleh campurkan biji buah bambangan yang telah dikisar tadi bersama dengan isi buah bambangan dan masukkan juga garam.

Ulas Chef Malvin lagi, mengikut resipi turun temurun yang diajar oleh ibunya itu, nisbah garam dan biji bambangan mestilah 2:1.

Maksudnya, jika dua cawan biji bambangan kisar digunakan, anda perlu masukkan satu cawan garam. Namun, sekiranya anda takut jeruk anda masin, anda boleh kurangkan jumlah garam tersebut.

Selepas itu, campurkan dan gaulkan kesemua sekali sehingga rata. Selepas semuanya merata, anda boleh simpan jeruk tersebut ke dalam balang atau bekas.

Ingat, pastikan udara atau angin betul-betul keluar sewaktu anda masukkan ia ke dalam bekas. Pastikan juga anda isi buah bambangan tadi sehingga ia padat.

Jeruk bambangan anda siap untuk dihidang.

Anda juga boleh menikmati terus jeruk bambangan tersebut. Namun, jika jeruk tersebut diperam terlebih dahulu selama satu ke dua hari, ia pasti akan lebih sedap.

BACA: Resipi Cireng, Kudapan Indonesia Yang Senang Dibuat

Jadi, jangan lupa untuk cuba resipi ini. Untuk mengetahui cara penyediaan yang lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah ini.

Sumber: Chef Malvin Gatu