Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
PENERBANGAN AS
Gambar: AI/ImageFX

Ribuan Penerbangan Dibatalkan Di AS

Hannah

Ribuan Penerbangan Dibatalkan Di AS

Hampir 8,000 penerbangan di seluruh Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibatalkan sehingga Ahad susulan ribut musim sejuk yang diramal paling kuat dalam sejarah negara itu mengganggu operasi penerbangan secara besar-besaran.

Menurut data perkhidmatan penjejakan penerbangan seperti dilapor Anadolu Ajansi, setakat jam 3 petang waktu GMT, syarikat penerbangan American Airlines mencatatkan jumlah pembatalan tertinggi dengan 3,543 penerbangan.

Jumlah itu diikuti United Airlines dengan 1,279 penerbangan, Southwest Airlines (1,215) dan Delta Air Lines (664), berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Flight Radar 24 menerusi platform media sosial X.

Sementara itu, FlightAware melaporkan sebanyak 3,453 penerbangan dibatalkan pada Sabtu. Manakala 6,307 pembatalan lagi dijangka berlaku pada Ahad dan tambahan 759 penerbangan pada Isnin.

Selain pembatalan, lebih 1,300 penerbangan turut mengalami kelewatan pada Sabtu.

Beberapa negeri AS diisytihar darurat, penerbangan terjejas

Lapor Anadolu Ajansi, ribut musim sejuk berkenaan dijangka memberi kesan besar kepada jutaan penduduk di seluruh negara, sehingga beberapa negeri diisytiharkan keadaan darurat.

Keadaan cuaca ekstrem itu diramal melanda kawasan dari Barat Daya hingga ke Timur Laut AS bermula Sabtu.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NWS) memaklumkan, salji tebal dijangka melanda kawasan dari Oklahoma hingga selatan negeri Maine. Manakala, hujan beku dan hujan ais yang meluas diramal berlaku di kawasan Selatan dan Tenggara negara itu.

Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini turut memberi amaran berhubung “gelombang sejuk yang memecahkan rekod” dijangka melanda puluhan negerI. Ia sekali gus meningkatkan risiko gangguan perjalanan serta ancaman keselamatan kepada penduduk.

Seperti dilapor BERNAMA, Trump telah meluluskan pengisytiharan darurat untuk 12 negeri, sementara sekurang-kurangnya 22 negeri dan Washington, DC turut mengisytiharkan darurat.