Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di dua negeri sehingga jam 1 pagi.
Amaran berkenaan dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.
Hujan Lebat Di Sarawak & Sabah
Menurut MetMalaysia, di Sarawak, cuaca buruk diramal melanda Miri melibatkan Marudi, Bario, Telang Usan dan Beluru, selain Limbang.
Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Pensiangan, Sook, Tenom dan Sipitang), Sandakan (Tongod, Kinabatangan, Sandakan, Labuk & Sugut dan Telupid), Tawau (Kalabakan).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada terhadap perubahan cuaca, khususnya ketika melakukan aktiviti di luar.
Orang ramai juga disarankan untuk sentiasa mengikuti perkembangan dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan MetMalaysia menerusi saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
