Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Tujuh Negeri Hingga 3 Pagi Ini

Athirah
Hujan Lebat Diramal Landa
Kredit: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Tujuh Negeri Hingga 3 Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda tujuh buah negeri sehingga jam 3 pagi ini.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh agensi cuaca itu menerusi kemaskini perkembangan status semasa dalam negara di laman Facebooknya sebentar tadi.

Menurut MetMalaysia, amaran berkenaan dikeluarkan bagi kawasan Langkawi di Kedah dan Barat Daya serta Timur Laut di Pulau Pinang.

Selain itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Kuala Krai di Kelantan dan Dungun serta Kemaman di Terengganu.

Di Pahang, amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Lipis, Jerantut, Pekan dan Kuantan.

Manakala Sri Aman, Betong, Sarikei dan Limbang adalah kawasan yang terlibat bagi negeri Sarawak.

Lima negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang

Amaran yang sama dikeluarkan untuk daerah Pedalaman (Sipitan, Tenom, Nabawan dan Keningau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan) di Sabah.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

BACA: Kerugian Pelaburan Khazanah, PNB: SPRM Serbu Empat Premis Perniagaan

BACA: Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki Di Indonesia Meletus, 10 Maut Setakat Ini

BACA: Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook