Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
wang tak dituntut
Gambar: Bernama

RM13.3 Bilion Wang Tak Dituntut Direkod Setakat April – Akauntan Negara

Nur Alissa

RM13.3 Bilion Wang Tak Dituntut Direkod Setakat April – Akauntan Negara

BATU PAHAT, 17 Mei (Bernama) — Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat bulan lepas walaupun pelbagai kempen dan promosi telah dilakukan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

Akauntan Negara Nor Yati Ahmad berkata sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya kira-kira RM4 bilion telah dituntut pemilik atau waris.

Beliau berkata ia mungkin disebabkan individu atau waris tidak menyangka mereka mempunyai rekod WTD selain ada yang tidak pernah membuat semakan dengan JANM.

“Mereka sebenarnya boleh membuat semakan atau mengemukakan permohonan tuntutan melalui portal rasmi atau aplikasi eGumis serta hadir ke cawangan JANM di setiap negeri.

“Kami akan terus melakukan promosi dan aktiviti turun padang menghebahkan kewujudan WTD kerana ia hanya boleh dikeluarkan oleh pemilik atau waris sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Santuni MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Minyak Beku, di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai program KAM, beliau berkata pelbagai aktiviti menyantuni penduduk kampung dan projek pembangunan membabitkan penambahbaikan infrastruktur dijalankan.

Nor Yati berkata selain WTD, turut disediakan khidmat pembukaan akaun simpanan kanak-kanak dengan kerjasama Bank Rakyat melibatkan inisiatif RM20 setiap akaun, selain beberapa aktiviti bersama masyarakat turut diadakan.

“Antara yang berlangsung di bawah projek pembangunan fizikal adalah menaik taraf saluran air paip, membaik pulih balai Islam, membina pagar tanah perkuburan, menambah prasarana kemudahan pengurusan jenazah dan penyerahan sebuah van jenazah.

“Tujuan KAM diadakan untuk merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan melengkapkan kemudahan asas, kemudahan kemasyarakatan dan tidak ketinggalan kepada capaian Internet,” katanya.

Beliau berkata KAM di Johor merupakan yang kedua setelah JANM berjaya melaksanakannya di Kampung Lubuk Antu, Sarawak tahun lepas dan program ini dijangka berterusan selepas ini.

Sumber: Bernama

BACA: Pemuda Dedah Gaji Guru Kontrak Di Indonesia Buat Ramai Terkejut

BACA: Nahas FRU: Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan, Pemandu Lori Kekal Di Lokap – Polis

BACA: Pelajar Tahfiz Cemerlang Diberi Biasiswa Lanjut Pelajaran Di UniKL, UPTM – Ahmad Zahid